ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LIM KIT SIANG KEMPEN PRESIDEN PAS JADI PM.

Saturday 27 April 2013

LIM KIT SIANG KEMPEN PRESIDEN PAS JADI PM.

Jika sebelum ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, namun perkembangan terkini beliau kini mula berkempen Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggantikan Anwar.
Difahamkan, perubahan strategi itu bermula sebaik sahaja beliau berkempen di Gelang Patah melawan calon Barisan Nasional Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Akhbar Cina, Sinchew Daily News baru-baru ini melaporkan Kit Siang amat marah dengan sikap Anwar yang tidak berpegang kepada janji apabila membuat u turn kembali semula bertanding di kubu asalnya, Permatang Pauah sedangkan sebelum ini telah berjanji untuk bertanding di Perak.
Tinjauan laman ini di sekitar Bangi, Kajang dan Serdang menunjukkan banner DAP diletakkan bersama dengan banner Pas, sedangkan banner PKR sangat jarang dan berasingan daripada banner kedua-dua parti pembangkang itu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi dilaporkan Utusan Malaysia hari ini mendakwa DAP telah membuat satu perjanjian sulit untuk mengangkat Abdul Hadi sebagai PM yang difahami melalui simbolik kesediaan DAP bertanding di bawah logo PAS dan bukan PKR di Semenanjung baru-baru ini.
Mohd Puad berkata, bagaimanapun perjanjian antara DAP dan Pas itu tidak diketahui oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim yang juga sedang mengira hari untuk menjadi PM.
“Malah, katanya, DAP dan Pas turut menganggap Anwar sebagai liabiliti politik dan kerana itu juga berlaku pertembungan Pas lawan PKR pada pilihanraya kali ini.
“Anwar gagal untuk mengawal pertembungan tiga atau empat penjuru kerana dia tahu DAP dan Pas tidak akan dengar pendapatnya sebab dia adalah liabiliti dalam politik pakatan.
Ramai pemerhati politik berpendapat kesediaan DAP bertanding di bawah logo Pas dan bukannya PKR memberi signifikan politik yang amat mendalam.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan Mstar berkata, langkah DAP yang mahu menggunakan logo PAS itu menunjukkan penerimaan parti sekutunya itu terhadap konsep negara Islam secara berperingkat.
Beliau berkata, pengguna logo PAS itu adalah tanda DAP tidak takut pada Islam atau Islamofobia.
“Dia (DAP) terima logo PAS tanda bahawa DAP tidak Islamophobia. Ini adalah peringkat-peringkatlah (menerima sebuah negara Islam),” katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh pada Sabtu bahawa DAP tetap menolak dasar PAS termasuk hukum hudud meskipun parti itu terpaksa bertanding menggunakan lambang PAS dalam PRU-13.
Pada pilihanraya Umum 2008, DAP pernah menggunakan formula sama iaitu mengangkat calon daripada Pas menjadi ketua boneka ketika berhadapan dengan isu kerajaan Perak.
Ketika itu, DAP telah melantik wakil Pas, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak meskipun majoriti kerusi berada di tangan parti cauvanis Cina itu.

No comments:

Post a Comment