ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: APA MOTIF DAP BERTANDING DIBAWAH LOGO PAS ???

Sunday 21 April 2013

APA MOTIF DAP BERTANDING DIBAWAH LOGO PAS ???


Penasihat DAP, Lim Kit Siang menwar-warkan semua calon DAP di Semenanjung Malaysia akan menggunakan lambang Pas manakala calonnya di Sabah dan Sarawak menggunakan lambang Parti Keadilan Nasional (PKR) pada Pilihan Raya Umum 5 Mei ini, lapor bernama, walaupun Pendaftar Pertubuhan (ROS) semalam menegaskan parti pembangkang itu boleh menggunakan simbolnya sendiri.
Pendaftar Pertubuhan, Datuk Abdul Rahman Othman dalam kenyataan medianya berkata pendaftaran DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Menurutnya, ROS hanya tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan parti itu pada 15 Dis 2012, mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966 akibat pertikaian ahli-ahli mereka sendiri, namun pendaftaran parti masih sah.
“Bagaimanapun, pendaftaran DAP tidak terbatal dan ia masih boleh menggunakan simbolnya semasa PRU 13,” kata Abdul Rahman.
Perkara sama turut ditegaskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memberi jaminan kepada DAP bahawa parti itu layak menggunakan lambangnya pada PRU 13.
“Mereka nak apa lagi, kita sudah kata mereka boleh guna lambang mereka. Ini adalah jaminan kita.
“Esok mereka datang awal, serah borang penamaan calon dan bawa sekali surat kebenaran daripada pemimpin tertinggi mereka untuk guna lambang DAP.
“Kita benarkan, kita akan proses, kita juga telah cakap perkara berkaitan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) itu perkara lain, kita bagi jaminan mereka boleh guna lambang mereka,” kata Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR kepada Sinar Harian Online hari ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang media di Wisma DAP Pulau Pinang petang tadi dilaporkan Roketkini.com berkata bahawa jaminan mulut ROS dan SPR itu tidak boleh dipercayai dan diterima.
Oleh itu calon-calon DAP akan bawa dua surat watikah ke pusat penamaan calon esok.
“Kita akan beri hak kepada calon-calon DAP untuk lawan dan tuntut hak untuk guna logo roket. Tetapi jika tidak dibenarkan, kita guna logo PAS,” ujar Guan Eng mengulang keputusan untuk bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak.

“Cakap, kita mahu roket dulu, sebab ini simbol hati kita,” ujar Guan Eng dengan nada sayu lantaran taktik keji pihak-pihak tertentu yang mencuba untuk membunuh DAP kerana takut kalah dalam PRU 13.
Mengulas tentang kenyataan SPR dan ROS yang kononnya membenarkan logo roket digunakan, Guan Eng berkata, “Ini bukan janji ditepati,” dan menambah bahawa sekiranya dihalang, calon-calon DAP di Semenanjung akan menggunakan simbol bulan.
“Kita dipaksa, kita dianiaya, kita dinafikan hak menggunakan roket. Ini menimbulkan kemarahan rakyat, kerana BN main tipu, busuk hati Barisan Nasional, jahat BN!” katanya.

No comments:

Post a Comment