ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: NIK AZIZ TETAP AKAN BERTANDING DALAM PRU 13.

Tuesday 26 March 2013

NIK AZIZ TETAP AKAN BERTANDING DALAM PRU 13.

NIK AZIZ SAHKAN BELIAU AKAN BERTANDING DALAM PRU 13.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bukan sahaja akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebaliknya akan terus bertanding sampai bila-bila walaupun jika terpaksa menggunakan kerusi roda ekoran keadaan kesihatannya yang uzur.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau hanya akan berundur daripada politik sekiranya Pas tidak memerlukannya lagi manakala bagi PRU-13, Pas pusat telah membuat keputusan supaya beliau wajib bertanding.

"Saya sebut dah kalau parti suruh bertanding, saya bertanding. Walaupun saya berkerusi roda saya bertanding, kalau parti kata cukup, cukuplah.

"Sekarang ini sudah ada keputusan daripada pejabat agung dua tiga bulan lepas lagi, Nik Aziz wajib bertanding, Setiausaha Agung Pas (Datuk Mustafa Ali) sudah sebut," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment