ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: INFO TERKINI #LAHAD DATU

Wednesday 6 March 2013

INFO TERKINI #LAHAD DATU


Pasukan keselamatan mempunyai kepakaran untuk menumpaskan saki baki penceroboh bersenjata selepas serangan udara dan darat dilancarkan pagi ini untuk mengakhiri insiden pencerobohan yang berlarutan selama 21 hari di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari Lahad Datu, Sabah, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, walaupun kawasan yang diceroboh mempunyai bentuk muka bumi yang mencabar dan diibarat 'lubuk permainan' penceroboh, namun kepakaran serta taktik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) cukup membanggakan.

Oleh itu, katanya, Malaysia tidak memerlukan sebarang campur tangan asing dalam menangani insiden pencerobohan di Sabah kerana ia mempunyai pasukan keselamatan yang kuat.

Pada 4 petang, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita bahawa saki baki musuh dipercayai masih bersembunyi di Kampung Tanduo, berhampiran Felda Sahabat 16, kira-kira 130km dari Lahad Datu.

"Setakat ini keadaan tenang malah tiada tembak-menembak sebagai serangan balas berlaku dan kita harap dengan keadaan ini, penceroboh dapat ditumpaskan namun kita perlu sentiasa berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan," kata Ahmad Zahid menerusi perbualan telefon bersama Bernama TV di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, pasukan keselamatan telah bersiap siaga di beberapa kawasan tertentu yang berkemungkinan terancam berikutan taktik 'psikologi songsang' yang digunakan penceroboh.

"Kita sentiasa mematuhi Konvensyen Geneva dan kita menggunakan etika peperangan yang mana pihak musuh dilayan dengan penuh berperikemanusiaan," katanya.

Ahmad Zahid berkata, lima batalion tentera telah dikerah di beberapa kawasan seperti Tawau dan Sandakan, dan akan terus berada di sana sehingga berpuas hati dengan operasi pembersihan penceroboh. - BERNAMA

KEADAAN TERKAWAL
LAHAD DATU 6 Mac - Operasi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, dekat sini diteruskan hari ini. 
Tinjauan Bernama mendapati keadaan di Lahad Datu dan Semporna masih terkawal. 
Di kawasan Felda Sahabat, kawalan pasukan keselamatan negara di bawah Ops Daulat masih ketat dengan zon penampan dikuat kuasa di kawasan-kawasan sekitar 10 kilometer persegi dari Kampung Tanduo. 
Keadaan masyarakat setempat di kawasan terbabit berjalan seperti biasa dengan penduduk keluar melaksanakan rutin harian mereka. 
Di bandar Lahad Datu, kira-kira 130 kilometer dari Kampung Tanduo, keadaan masih terkawal dan tenang. 
Pemeriksaan polis di sekatan jalan raya yang menuju ke Felda Sahabat juga diperketatkan. Nama wakil media yang bertugas di kawasan itu juga direkodkan pihak polis bagi tujuan keselamatan.. 
Pemeriksaan juga dilakukan terhadap van dan kenderaan yang membawa penumpang yang ramai. - BERNAMA


Lahad Datu: Kalah Round Pertama, Lanun Sulu Hantar 10 Ribu Lanun Serang Sabah.

Filipina Inquirer melaporkan sekurang-kurang 10,000 suku kaum Tausag dari Basilan, Sulu dan Tawi Tawi sedang berlayar ke Sabah untuk memberi bantuan kepada tentera penceroboh Lahad Datu yang diketuai Raja Muda Azzumudie menentang Pasukan Keselamatan Malaysia.
Diharapkan pasukan keselamatan kita berhati-hati, kalau boleh ketatkan kawalan pintu masuk negara laut darat dan udara terutama sabah, takut-takut mereka tukar modius operandi, kacau pulak sarawak atau mungkin semenanjung.


PRESIDEN FILIPINA BAKAL SEMBELIH SULTAN SULU & ANWAR!!



KES pencerobohan askar Kesultanan Sulu mendapat liputan yang amat meluas di seluruh pelosok dunia sekarang ini. Negara yang tiada kena mengena dengan insiden berdarah ini juga mula memainkan peranan cuba menjadi hero untuk menyelesaikannya.

Dalam kenyataan Presiden Filipina, Presiden Aquino kepada Sultan Sulu sebagai berkata:"Jika kamu mati disembelih oleh rakyat Malaysia, maka itu masalah kamu, dan jika kamu kamu kembali ke filipina, tentera saya juga akan membunuh kamu seperti ayam. Kamu tiada pilihan"
Itu amaran yang keras yang diberikan kepada Presiden Filipina kepada Sultan Sulu.

Bagaimana di Malaysia? Masihkah boleh diampunkan penglibatan Anwar Ibrahim dalam insiden Lahad Datu yang telah dilaporkan oleh Manila Post dan Reuters mengatakan Ketua Pembangkang ini mempunyai kaitan rapat terhadap insiden tersebut.


Video 18SG ! Pengganas Sulu Rakam Anggota Keselamatan Yang Mereka Bunuh ???

AMARAN - Penonton berumur 18 tahun ke bawah dilarang menonton video tertera.

No comments:

Post a Comment