ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PANAS !!! PAS AMAL POLITIK DUA ALAM BUKTI JELAS "PAS CAKAP TAK SERUPA BIKIN."

Saturday 5 January 2013

PANAS !!! PAS AMAL POLITIK DUA ALAM BUKTI JELAS "PAS CAKAP TAK SERUPA BIKIN."


Nik Aziz yang menyokong desakan Hadi Awang agar diberikan ruang masa untuk bersiaran langsung bagi memberikan penjelasannya berkenaan isu amanat Haji  Hadi telah memberikan hujahnya yang bersandarkan pada hukum Islam yang mana semua individu diwajibkan diberi hak untuk bersuara dan membela diri.

Namun saya mahu pertikaikan hujah Nik Aziz ini. Mengapa??? Nik Aziz sebut soal hak bersuara dan ia adalah hak individu dalam syariat Islam. Namum mungkin Nik Aziz sudah lupa, malah saya yakin Nik Aziz ini sebenarnya sudah nyanyok tahap kritikal.

Ingatkah anda akan pemecatan Hasan Ali??? 
Mengapa beliau tidak diberikan hak untuk membela diri dan bersuara? Hasan Ali sehingga ke hari ini langsung tidak diberi sebab mengapa beliau dipecat, namun  jelas beliau dipecat kerana telah berjuang untuk Agama. Disebabkan rakan sekutunya yang tersayang DAP, Hasan Ali terus dipecat.

Masa itu, mengapa Nik Aziz dan Hadi Awang langsung tidak menyentuh hukum Islam ini yang memberi hak membela diri dan bersuara? Tetapi kini, bila kena batang hidung sendiri, pelbagai hukum hakam yang keluar dari mulut dua orang ulama politik ini.

Ini jelas menunjukkan PAS dan kepimpinannya mengamalkan politik dua alam dan mereka ini cakap tidak serupa bikin.

Seperti amanat Haji Hadi itu, apa lagi yang mahu dijelaskan. Sudah jelas lagi nyata, amanat tersebut telah memecahbelahkan umat Melayu Islam di muka bumi Malaysia. Bukan setakat umat Melayu Islam berpecah, malah hubungan keluarga dan suami isteri juga turut retak.

Tragedi Memali juga berpunca daripada amanat hadi yang menyatakan bahawa mati menetang kerajaan adalah mati syahid. Berjuang menentang kerajaan pada masa itu kerana mahu menubuhkan negara Islam. Tapi kini, Hadi Awang pula berkata negara Islam tiada dalam Al-Quran.

Banyak lagi perkara-perkara yang kita boleh lihat dan jelas bahawa pemimpin-pemimpin PAS ini memang cakap tidak serupa bikin seperti isu perlaksanaan Hudud dimana semasa menjadi Menteri Besar Terengganu, Hadi Awang pernah dilapor membuat kenyataan “perlaksanaan hudud tidak menjadi keutamaan Kerajaan PAS Terengganu kerana hudud hanyalah 0.0001% sahaja daripada Islam”.


Dulu kata mahu laksana negara Islam, mahu laksana Hudud. Tapi kini katanya mahu laksana negara berkebajikan dan katanya kerana tiada dalam Al-Quran yang mewajibkan penubuhan negara Islam. Malah perlaksanaan hukum hudud juga katanya sukar untuk dilaksanakan malah mendapat pelbagai bantahan daripada sekutu mereka, DAP dan PKR.

Dulu kata UMNO kafir sebab berkerjasama dengan parti MCA dan MIC. Tapi kini mereka pula berkerjasama dengan DAP yang mana jelas menolak Islam, anti Islam dan selalu mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang memperlekehkan Islam.

Jadi tepuk dada tanya selera. Parti mana yang anda mahu menerajui negara, tunjukkan pada kertas undi di PRU13 nanti.

No comments:

Post a Comment