ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PANAS !!! MESTI BACA !!! ISU KALIMAH ALLAH - BUKTI PAS KLUK-KLEK !!!

Tuesday 15 January 2013

PANAS !!! MESTI BACA !!! ISU KALIMAH ALLAH - BUKTI PAS KLUK-KLEK !!!


Masih segar dalam ingatan kita bagaimana berdirinya Presiden PAS, Hadi Awang sebaris dengan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang untuk menghalalkan perkataan ALLAH digunakan oleh agama lain sebagaimana yang dituntut oleh Lim Guan Eng. 
Masih segar dalam ingatan kita bagaimana pada hari yang sama iaitu 8 Januari 2013 Mursyidul Am PAS mengeluarkan kenyataan yang senada dengan Presiden PAS.

Lantaran dari kenyataan tersebut....

Umat islam satu Malaysia marah....
Mufti-mufti marah.....
Tok-tok guru marah....
Alim ulama marah.....
Para ilmuan marah.....
Para cendekiawan marah.....
Sebahagian besar pemimpin PAS seperti HARON DIN, TAIB AZZAMUDDIN, MOHAMMED DAUD IRAQI, NASHARUDDIN HASSAN TANTAWI, TUAN IBRAHIM TUAN MAN, MUSTAPHA ALI & HARON TAIB juga membantah... 

Semua marah dan membantah tindakan Pas yang menghalalkan perkara tersebut dan fenomena ini membuatkan Pas resah, kelam kabut dan tak senang duduk.

Akhirnya diadakan mesyuarat majlis syura ulama bagi membincangkan perkara tersebut.....

Keputusan mesyuarat majlis syura ulama PAS akhirnya sama seperti apa yang dikatakan oleh para-para Mufti, alim ulama, tok-tok guru, para ilmuan dan cendiakawan sebelum ini yang mengatakan perkataan ALLAH hanya boleh digunakan oleh orang islam sahaja.
Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:
1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.
2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.
3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.
Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Sebaik saja Mesyuarat Majlis Syura PAS secara rasmi membuat keputusan rasmi bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan, Nik Aziz pun menukar pendirian mengatakan tidak boleh diguna oleh ugama lain. 
“Kalimah Allah hanya merujuk kepada tuhan yang satu dan kalimah tersebut tidak tepat sama sekali untuk digunakan oleh agama yang mempunyai tuhan lebih daripada satu.
Justeru itu, bagi mana-mana pihak yang mahu menggunakan kalimah tersebut harus yakin bahawa Allah hanya satu.
"Bila agama lain yang tiada tuhan yang satu tiba-tiba hendak guna Allah tidak betul, kerana apa letak Allah. Allah diguna oleh Allah sendiri sebagai tuhan yang satu, yang maha kuasa.” – Nik Aziz Nik Mat

TV3 melaporkan pertukaran pendirian Nik Aziz balik mengatakan kaum bukan Islam tidak boleh guna kalimah Allah.

Keputusan Nik Aziz ini dilihat sebagai pendirian politik sebaik saja dia menyedari 95% akar umbi PAS tak setuju. Tambah lagi, PAS berhadapan dengan tekanan dari pendedahan mengenai Amanah Haji Hadi, Tabung Memali dan skandal tanah untuk jawatan MB.

Jelas sekali Nik Aziz dan Hadi Awang bukan seorang ulamak yang layak untuk memberi pandangan kerana perkiraan mereka hanya politik dan bukan hukum. 

Saya mengalu-alukan keputusan Majlis Syura' PAS yang membuat pendirian kalimah ALLAH hanya boleh diguna oleh umat Islam.

Cuma yang peliknya mengapa Majlis Syura berbincang dan membuat keputusan selepas persetujuan sudahpun dibuat oleh kepimpinan ekskutif PAS bersama DAP & PKR bersetuju kristian menggunakan kalimah ALLAH?
Dan mengapa Majlis Syura berbincang & membuat keputusan hanya setelah umat Melayu-Islam bangkit menyatakan kemarahan & protes terhadap pendirian kepimpinan PAS bersetuju dengan DAP & PKR untuk kristian menggunakan kalimah ALLAH!

Adakah ini sekadar mahu mengambil hati umat Melayu-Islam? Adakah ini untuk memastikan umat Melayu-Islam mengundi PAS dalam PRU nanti?

Adalah jelas ini membuktikan kepimpinan eksekutif PAS telah membelakangkan Majlis Syura' dalam membuat keputusan bersetuju dengan pendirian Lim Guan Eng & DAP untuk kristian menggunakan kalimah ALLAH.

Ini juga membuktikan bahawa slogan 'kepimpinan ulama' yang dilaungkan PAS adalah sekadar retorik politik semata-mata!

WALLAHUALAM.


No comments:

Post a Comment