ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MAJLIS SYURA PAS MESTI PERTAHANKAN KALIMAH ALLAH - HARUSSANI.

Sunday 27 January 2013

MAJLIS SYURA PAS MESTI PERTAHANKAN KALIMAH ALLAH - HARUSSANI.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyokong tindakan Majlis Syura Pas bertegas tidak akan menarik balik keputusan berhubung isu kalimah ALLAH yang pernah dibuat pada 13 Januari.
Menurutnya, perkara yang melibatkan akidah tidak perlu dibincangkan dan ketegasan yang ditunjukkan adalah perkara yang wajar dicontohi.
“Isu akidah itu sensitif, bukan seperti akhlak yang boleh diperdebatkan atau ditukar mengikut pendirian sendiri."

“Sudah banyak kali saya tekankan perkara ini. Jangan sesekali campurkan isu agama dengan politik,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, pendirian Majlis Syura Pas menunjukkan perihal agama Islam tidak ada tolak ansur.
“Kita sendiri pun tidak boleh membawa kalimah ALLAH ini ke dalam tandas, bagaimana pula ia boleh dibawa masuk ke tokong atau gereja?"
“Kalimah agung ini juga tidak boleh diletak di bawah kaki dan (mesti) sentiasa berada di atas. Jadi Majlis Syura Pas telah menjalankan kerja mereka dengan baik sekali,” katanya.
Harussani berharap tidak ada lagi mana-mana parti politik mempersoalkan perkara berkaitan akidah ini.
“Saya dapati, DAP seperti mahu memecahbelahkan umat Islam di negara ini. Kerana itu, ketegasan seperti yang dilakukan (oleh Majlis Syura) ini amat penting supaya agama Islam tidak diperlekehkan,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib seperti dilaporkan Antarapos meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak campur tangan keputusan PAS.
"Dia (Karpal) tidak berhak minta Majlis Syura Ulama mengkaji semula keputusan itu…Majlis Syura Ulama dalam PAS bukan Pakatan Rakyat."
“Jangan ganggu kita punya parti, hal dalaman parti kita yang lain (PKR dan DAP) jangan ganggu,” katanya kepada Antarapos.
Harun berkata demikian mengulas perkembangan terbaru isu tersebut dengan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan oleh Majlis Syura Ulama yang memutuskan penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Malaysia.
Presiden Pas juga tidak akan tunduk dengan desakan DAP agar beliau berperanan mempengaruhi semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Abdul Hadi akan mempertahankan pendirian Majlis Syura itu walaupun jelas bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkang.
“Saya pasti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap dengan keputusan rasmi yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Beliau tidak akan sekali-kali berganjak dengan desakan DAP itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

No comments:

Post a Comment