ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HOT !!! OSTAZAH ABBY BERBICARA TENTANG ISU KALIMAH ALLAH !!!

Monday 21 January 2013

HOT !!! OSTAZAH ABBY BERBICARA TENTANG ISU KALIMAH ALLAH !!!



Dua hari lalu, Ostazah Mee Segera PAS, Abby Abadi dengan selamba menjawab isu kalimah Allah dengan jawapan kononnya penggunaan kalimah Allah dalam Bible di Sabah dan Sarawak telah diluluskan oleh UMNO sejak sekian lama.
Isu Kalimah Allah : Perbezaan Sabah, Sarawak Dengan Semenanjung

Hakikatnya, jika negara ini sekular seperti Turki dan Indonesia, sebuah negara yang peratusan penduduk Islamnya melebihi 75%, sudah tentu tiada siapa yang mampu menghalang liberalisasi kalimah Allah.

Namun, semua pihak telah mempersetujui bahawa perlembagaan negara ini meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Namun bagaimana pula dengan penggunaan kalimah Allah yang telah berakar umbi di Sabah dan Sarawak di kalangan penganut Kristian?

Sebelum menyertai Malaya dan Singapura untuk menubuhkan Malaysia,  Sabah dan Sarawak telah dibiarkan terumbang ambing oleh British sebaik sahaja Jepun menyerah kalah.

Serentak dengan kekalahan Jepun, Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan mereka walaupun tidak diiktiraf selama 4 tahun. Kemerdekaan yang berdasarkan Pancasila , satu bentuk pluralisme terancang yang menyamatarafkan Islam dengan Kristian, Buddha dan Hindu. Ia merupakan satu bentuk fahaman komunisme yang diubahsuai dengan memasukkan kepercayaan kepada Tuhan agar sesuai dengan persekitaran rantau ini. Untuk lebih menepati citarasa, kata nama khas ALLAH digunapakai seerti dengan Tuhan yang langsung tidak dikhususkan kepada mana-mana agama. Ada yang menyebutnya dengan bunyi Allah, Alloh, Alwuoh, Aluah.

Selama 18 tahun, Sabah dan Sarawak 'digodam' oleh Indonesia dan berbagai input kenegaraan berorientasikan Indonesia dipupuk ke atas masyarakat Sabah dan Sarawak.

Ini termasuklah di bidang agama, hiburan, berita dan politik. Mubaligh-mubaligh Kristian di Sabah dan Sarawak membawa masuk kitab-kitab Injil terjemahan bahasa Indonesia secara pukal ke Sabah dan Sarawak.

Dari sinilah datangnya penggunaan perkataan ALLAH di dalam kitab Injil versi Indonesia yang digunakan dengan meluas di Sabah dan Sarawak sehingga hari ini.

Justeru, tiada siapa melarang penggunaan ALLAH oleh Kristian di Sabah dan Sarawak kerana ia berlaku sebelum mereka menyertai Malaysia lagi. Eksklusifnya mereka dalam hal ini adalah seeksklusifnya mereka menggubal undang-undang imigresen mereka sendiri.

Ia berlaku di kalangan umat Kristian yang menggunakan Al-Kitab, Injil versi bahasa Indonesia, sebagai rujukan agama Kristian mereka. Hasil Al-Kitab inilah juga, pribumi Sabah dan Sarawak semakin mahir berbahasa Melayu.

Kita semua di sini di bawah payung satu negara yang bernama Malaysia. Walaubagaimanapun, Sabah dan Sarawak ini ada sedikit kelainannya dan keistimewaannya. Ini semuanya berbalik kepada sejarahnya Sabah Sarawak itu sendiri semasa penubuhan Malaysia di mana kedua-duanya sebelah adalah SAMA TARAF dengan Tanah Malaya dan Singapura, dua daripada 4 entiti, sekarang dua daripada tiga entiti telah pun membentuk Malaysia. Maknanya…..

Maknanya, Sabah & Sarawak itu tarafnya sama dengan Seluruh Semenanjung disatukan (Malaya). Status Sabah & Sarawak daripada segi undang-undang yang sebenar-benarnya bukanlah sebuah negeri semata seperti Perlis, tetapi merupakan wilayah. Itu sebablah salah satu contoh mudahnya, kalau kedudukan Exco di Sabah/Sarawak tidak dipanggil Exco, tetapi menteri.

Sebagai rujukan sila rujuk semula Resolusi 1514 United Nations
Dan sila rujuk juga perjanjian 20 perkara (Sabah) dan perjanjian 18 perkara (Sarawak).

Perjanjian Perkara 18 & 20 Sabah dan Sarawak

Perkara 1: Agama
Walaupun terdapat tiada bantahan kepada Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia harus ada agama Negeri di Borneo (Sarawak & Sabah), dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan agama Islam dalam Perlembagaan Malaya tidak boleh diguna pakai di Borneo.
Perkara 2: Bahasa
*. Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan bagi Persekutuan
B. Bahasa Inggeris akan terus digunakan bagi tempoh 10 tahun selepas Hari Malaysia
C. Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa rasmi Borneo (Sarawak & Sabah) bagi segala maksud, Negeri atau Persekutuan, tanpa had masa.

Perkara 3: Perlembagaan
Sementara menerima bahawa Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu patut dijadikan asas Perlembagaan Malaysia, Perlembagaan Malaysia harus menjadi dokumen yang benar-benar baru yang dirangka dan dipersetujui dalam cahaya persatuan negeri yang bebas daripada dan tidak seharusnya menjadi satu siri pindaan kepada satu perlembagaan yang dirangka dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berlainan dalam keadaan berlainan sama sekali. Satu Perlembagaan baru bagi Borneo (Sarawak & Sabah) adalah kursus yang penting.

Perkara 4: Ketua Persekutuan
Ketua Negeri di Borneo (Sarawak & Sabah) tidak seharusnya layak untuk dipilih semula sebagai Ketua Persekutuan.

Perkara 5: Nama Persekutuan
"Malaysia" tetapi tidak "Melayu Raya"

Perkara 6: Imigresen
Kawalan ke atas imigresen ke dalam mana-mana bahagian di Malaysia dari luar harus dipikul oleh Kerajaan Pusat tetapi kemasukan ke Borneo (Sarawak & Sabah) yang perlu juga mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya mampu untuk veto kemasukan orang-orang ke dalam Borneo (Sarawak & Sabah) untuk tujuan Kerajaan Negeri kecuali atas bidang keselamatan. Borneo (Sarawak & Sabah) harus mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas pergerakan orang lain daripada orang awam Kerajaan Persekutuan dari bahagian-bahagian lain Malaysia Borneo (Sarawak & Sabah).

Perkara 7: Hak Pemisahan
Seharusnya tidak ada hak untuk menarik diri dari Persekutuan

Perkara 8: Borneanisation
Borneanisation daripada perkhidmatan awam perlu diteruskan secepat mungkin.

Perkara 9: Pegawai British
Setiap usaha perlu dibuat untuk menggalakkan Pegawai British untuk kekal dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil oleh orang yang berkelayakan dari Borneo (Sarawak & Sabah)

Perkara 10: Kewarganegaraan
Cadangan dalam perenggan 148 (k) Laporan Suruhanjaya Cobbold perlu mentadbir hak kerakyatan di dalam Persekutuan Borneo (Sarawak & Sabah) tertakluk kepada pindaan yang berikut:
* A) sub-perenggan (i) tidak seharusnya mengandungi proviso sebagai hingga lima tahun kediaman
* B) dalam usaha untuk mengikat dengan undang-undang kami, sub-perenggan (ii) (a) hendaklah dibaca "7 daripada 10 tahun" dan bukannya "8 daripada 10 tahun"
* C) sub-perenggan (iii) tidak seharusnya mengandungi apa-apa sekatan yang terikat dengan kewarganegaraan ibu bapa - orang yang lahir di Borneo (Sarawak & Sabah) selepas Malaysia mesti menjadi warganegara persekutuan.

Perkara 11: Takrif dan Kewangan
Perkara 11: 
Borneo (Sarawak & Sabah) harus mengawal kewangan sendiri, pembangunan dan tarif, dan seharusnya mempunyai hak untuk menentukan cukai sendiri dan untuk mendapatkan pinjaman pada kredit sendiri.

Perkara 12: Kedudukan Istimewa Penduduk Asli
Pada dasarnya, kaum pribumi Borneo (Sarawak & Sabah) harus menikmati hak istimewa sejajar dengan apa yang dinikmati oleh Melayu di Malaya, tetapi formula orang Melayu sekarang dalam hal ini tidak semestinya diguna pakai di Borneo (Sarawak & Sabah).

Perkara 13: Kerajaan Negeri
* A) Perdana Menteri sepatutnya dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Mesyuarat Negara
* B) Perlu ada sistem Menteri di Borneo (Sarawak & Sabah).

Perkara 14: Tempoh peralihan
Ini seharusnya menjadi tujuh tahun dan dalam tempoh itu, kuasa perundangan mesti ditinggalkan dengan Negeri Borneo (Sarawak & Sabah) oleh Perlembagaan dan tidak boleh semata-mata diserahkan kepada Kerajaan Negeri oleh Kerajaan Persekutuan.

Perkara 15: Pelajaran
Perkara 15: 
Sistem pendidikan Borneo (Sarawak & Sabah) sedia ada perlu dikekalkan dan atas sebab ini, ia perlu berada di bawah kawalan kerajaan.

Perkara 16: perlindungan Perlembagaan
Tiada pengubahsuaian pindaan atau penarikan balik mana-mana perlindungan khas yang diberikan kepada Borneo (Sarawak & Sabah) hendaklah dibuat oleh Kerajaan Pusat tanpa persetujuan positif Kerajaan Negeri Borneo Utara
Kuasa meminda Perlembagaan Negeri Borneo (Sarawak & Sabah) harus dimiliki secara eksklusif kepada rakyat di negeri ini. (Nota: Parti Bersatu, Parti Demokratik dan Parti Pasok Momogun yang menganggap bahawa majoriti tiga perempat akan diperlukan untuk melaksanakan apa-apa pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri manakala
UNKO dan USNO
dianggap majoriti dua pertiga akan mencukupi).

Perkara 17: Wakil di Parlimen
Ini harus mengambil kira bukan sahaja daripada penduduk Borneo (Sarawak & Sabah) tetapi juga yang merampas dan potensinya di mana-mana kes tidak boleh kurang daripada Singapura.

Perkara 18: Nama Ketua Negara
Yang di-Pertua Negara.

Perkara 19: Nama Negara
Sarawak atau Sabah.
*( Bukan berstatus "Negeri" dalam Malaysia , Sabah dan Sarawak adalah berstatus "Negara" )

Perkara 20: Tanah, Hutan, Kerajaan Tempatan, dll.
Peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berkenaan kuasa Majlis Tanah Negara tidak boleh diguna pakai di Borneo (Sarawak & Sabah). Begitu juga, Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan tidak perlu memohon di Borneo (Sarawak & Sabah).

_______________________________________________

Sehingga sekarang ini Sabah Sarawak masih memiliki kedaulatan tersendiri sebagai wilayah yang mempunyai kuasa autonomi tersendiri berbanding negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Ini termasuklah berhubung isu agama…TIADA AGAMA RASMI di Sabah Sarawak. Wilayah Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa ke atas negeri masing-masing.

Apa yang ditentang ialah, niat puak Kristian di Semenanjung yang terdiri dari kaum Cina dan India yang bukan pengguna bahasa Melayu ini. Mereka malah sebelum ini tidak pernah mendaulatkan bahasa Melayu sesama mereka. Tidak pernah pula menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pergaulan sesama keluarga dan komuniti mereka.

Tiba-tiba, tentu sahaja dengan niat provokasi dan mendatangkan sakit hati, Kristian-kristian di Semenanjung, tanpa sebab musabab yang utuh, merebut kata nama khas 'Allah' untuk Al-Kitab bahasa Melayu yang mahu dicetak oleh mereka.

Paling sedih, hal ini berlaku setelah mereka berjaya menakluk dan menjinakkan PAS , sebuah parti yang tidak diterima di Sarawak dan Sabah,  supaya terkurung dalam kandang mereka dan mudah pula untuk di anjingkan.

Adakah tuntutan mereka bersifat intelek atau provokatif? Tidakkah ia lebih kepada kurang ajar? Tetapi oleh kerana kebodohan Ostazah Mee Segera PAS Abby abadi kekal subur dalam Pakatan Rakyat, pembohongan Abby Abadi tak akan diperbetulkan sesiapa.

No comments:

Post a Comment