ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HOT !!! ISU KALIMAH ALLAH !!! NIK AZIZ & HADI PERLU TERIMA KENYATAAN INI !!!

Friday 18 January 2013

HOT !!! ISU KALIMAH ALLAH !!! NIK AZIZ & HADI PERLU TERIMA KENYATAAN INI !!!


Sebenarnya saya menyambut baik keputusan Majlis Syura PAS yang baru-baru ini mengumumkan bahawa parti itu menolak penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu untuk edaran di Semenanjung Malaysia.
Dengan penolakan tersebut, jelaslah membuktikan bahawa “ijtihad” Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, sebelum ini adalah tidak tepat sama sekali dengan kepentingan Islam.
Ia juga menunjukkan bahawa ilmu yang ada pada Abdul Hadi dan Nik Aziz tidaklah sehebat mana di mana pemimpin tertinggi PAS yang kononnya diibaratkan sebagai “wali” dan “nabi” sebelum ini sebagai seorang sangat tinggi ilmu agamanya.
Dalam satu-satu masa, Nik Aziz cuba menyifatkan Abdul Hadi sebagai seorang yang ilmunya setaraf dengan para Mufti dan Presiden PAS itu sendiri pernah memandang rendah terhadap penulis buku “Kafirkah Aku”, CN Al-Afghani yang mempersoalkan amanatnya sebelum ini.
Saya yakin, berkemungkinan besar telah berlaku satu pertengkaran hebat di dalam majlis syura PAS ketika anggota dewa itu bersidang bagi membahaskan mengenai isu yang diusulkan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng itu.
Saya optimis bahawa Abdul Hadi dan Nik Aziz sudah tentu akan bermati-matian mempertahankan “fatwa” mereka melalui hujah-hujah yang berpaksikan politik di dalam mesyuarat tersebut.
Sebagaimana maklum, tentunya pula Ketua Dewan Ulama, Ustaz Harun Taib yang disokong oleh seluruh Dewan Ulama PAS yang lain serta Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Dr. Harun Din, juga akan mengeluarkan hujah-hujah berpandukan ilmu masing-masing.
Dan mungkin ditakdirkan Allah SWT bahawa Abdul Hadi dan Nik Aziz terpaksa berpatah balik dan mereka kembali dan mengeluarkan fatwa yang sangat bertentangan dengan kehendak rakan DAP itu.
Saya pasti, sekiranya pemimpin UMNO yang bertindak sebagaimana Abdul Hadi dan Nik Aziz, sudah tentu pemimpin itu akan dicop sebagai “flip flop” oleh puak-puak Pakatan Haram.
Jadi, dengan keputusan yang bertentangan dengan keputusan sebelumnya ini, apakah puak-puak Pakatan Haram, khususnya PAS, berani untuk mengutuk pemimpin mereka sebagai “flip flop”?
Lebih memburukkan imej PAS, “flip flop” Presiden dan Mursyidul Amnya kali ini membabitkan satu perkara mengenai kepentingan Islam serta aqidah umat Islam di seluruh negara. Bagaimana perkara yang begitu penting pun pucuk pimpinan PAS boleh “flip flop”?
Bayangkan apa yang berlaku sekiranya PAS memerintah Malaysia yang melaksanakan dasar “flip flop” terutamanya mengenai perkara-perkara yang membabitkan kepentingan Islam dan ummah di negara ini. Berkemungkinan hancur Islam “dikerjakan” PAS nanti…
Satu perkara yang menghairankan saya, bagaimana kedua pucuk pimpinan PAS ini menahan rasa malu mereka? Tak malukah mereka? Atau sememangnya muka mereka setebal Tembok Besar China?
Kononnya dengan keputusan yang tidak membenarkan kalimah “Allah” digunakan di dalam Bible itu maka PAS akan menjangka umat Islam di negara ini akan memihak kepada mereka dan para golongan ulama di dalam PAS akan merasa lega?
Jangan haraplah! Mereka sudah tekad untuk memilih UMNO sebagai pengajaran kepada PAS yang semakin “tunduk” dan wala’ pada DAP dan PKR.
Di dalam isu kalimah “Allah” ini, UMNO awal-awal lagi sudah menegaskan bahawa usul Guan Eng itu tidak boleh ditunaikan sama sekali demi masa depan Islam dan umatnya. Tapi PAS degil dan bodoh sombong! Kononnya mereka saja yang tahu dan tinggi ilmu agamanya.
Mufti tegur pun tak mahu dengar. Mujurlah tidak diadakan debat atau forum di antara Hadi dan Nik Aziz yang bertembung dengan para sahibussamahah para Mufti. Jika tidak, saya yakin PAS akan lebih teruk dimalukan di depan khalayak ramai.
Harapnya dengan insiden yang memalukan PAS dan para penyokongnya ini, mereka akan mengambil iktibar dan bermuhasabah diri berhubung “tahaluf siyasi” mereka dengan kedua sahabat pakatan mereka itu.
Bukan apa, risau juga kalau-kalau PAS makin “sesat” jika terus bersama mereka…kan?
Sumber : House PK

Nik Aziz permainkan kalimah Allah (ihsan bicarakelantan.blogspot.com)



No comments:

Post a Comment