ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HOT!!! AKIDAH ANUTAN PAS

Friday 11 January 2013

HOT!!! AKIDAH ANUTAN PAS


Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid hairan dengan keputusan Pakatan Pembangkang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu yang menunjukkan satu langkah yang merelakan ALLAH Yang Esa dalam ajaran Islam itu disekutukan. Menurutnya keputusan pakatan pembangkang itu bertentangan dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh penganut agama Islam supaya ia tidak menimbulkan sebarang keraguan di kemudian hari.



“Jika kalimah ALLAH itu digunakan dalam Bible menggantikan ‘God’ sedangkan ‘God’ dalam Bible itu adalah ‘Trinity’, Tuhan yang ada anak, Tuhan yang ada bapa, Tuhan yang ada isteri, jadi bererti, andai kata kita redha kalimah ALLAH digunakan dalam Bible, maknanya kita telah pun merelakan ALLAH itu bukan lagi Esa,”

JAWAP WAHAI AHLI PAS !!!

“Kalau dia nak sebut, umpamanya kalau ditanya siapakah yang menciptakan langit dan bumi, kalau dia kata ALLAH, memang betul. Kalau orang kafir itu hendak sebut ALLAH, itu terpulang kepada dialah.

“Tetapi apa yang kita tekankan di sini ialah apabila kalimah ALLAH itu hendak digunakan dalam Bible bahasa Melayu kemudian perkataan ‘God’ itu ditukar dengan kalimah ALLAH, itu yang kita tidak setuju. Itu nanti yang akan mewujudkan kekeliruan,"

 JAWAP WAHAI AHLI PAS !!!

 "Yang Ni DAP beriya iya pulak nak Hapuskan Tulisan Jawi"

Ada akal fikir.......jangan sampai Akidah anak anak terpesong dek kerana mahu rebutkan undi politik.


Kita cakap yang Allah itu satu pada anak-anak kita. Kita cakap Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Kita cakap Allah itu adalah pencipta alam ini dan tidak satu boleh disamakan dengan Allah. 

Tapi bila nama Allah ini digunakan bukan Islam, contohnya agama Kristian tgk2 Allah ni ada anak iaitu Nabi Isa. Dia takkan panggil Jesus nya. Dia akan panggil Nabi Isa kalau dia buat buku. Dalam cerita-cerita dia nanti yang ditujukan khas untuk budak-budak, dia pastinya mnggunakan peluang ini untuk mengoptimumkan penggunaannya. 

Jadi kanak-kanak akan jadi keliru. Tiba-tiba tgk kat gereja ada kalimah Allah. Tgk2 kat cerita Nabi Isa ada nama Allah yang diceritakan dalam versi Kristian. Apa sudah jadi ni. Mereka duit byk. Buku setahun boleh keluar berpuluh ribu dan lambakan buku keluaran mereka akan berada dalam pasaran. Kita tak boleh nak halang sbb dalam perlembagaan tiada sekatan untuk mengamalkan agama lain. Jadi kita nak cakap apa pada anak2 kita. Tahu2 je mereka dah baca buku tu. Jgn lupa kanak-kanak paling kuat ingatan mereka. Kena pulak kat sekolah cikgu guna buku tu untuk ajar anak-anak yang kononnya mengajar agama Islam. Ada kita tahu? Doa pula yang diamalkan di sekolah dibaca oleh anak-anak kita ikut cara mereka. Ada kita tahu? Sekarang ini kita rasa selamat sbb tahu bahawa perkara sedemikian dilarang. Tolong la sedar UMAT ISLAM Malaysia, penggunaan kalimah Allah ini bukan takat nak guna sahaja. Ada lagi plan dia yang lain....Tolong la bangkang perkara ini. Bersatu la untuk menghalang perkara ini atas nama ISLAM.


 PEMIMPIN PAS YG MENOLAK KALIMAH ALLAH DI GUNAKAN DALAM KITAB BIBLE :

1-HARON DIN
2-NASHARUDDIN MAT ISA
3-TAIB AZZAMUDDIN
4- DATUK MOHAMMED DAUD IRAQI
5-NASHARUDDIN HASSAN TANTAWI
6-DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN
7-MUSTAPHA ALI
8-DATUK HARON TAIB


PEMIMPIN PAS YG MENYOKONG KALIMAH ALLAH DI GUNAKAN DALAM BIBLE :

1-NIK AZIZ NIK MAT
2-HJ HADI AWANG
3-MAT SABU
4-KHALID SAMAD
5-DZUKEFLE AHMAD


 Psssttt... PAS Sanggup lakukan apa sahaja demi Undi dari puak Kafir....


Hasan Ali Istihar Perang Terhadap PAS...

Say no to pas...
Say no to pas...
Say no to pas...

No comments:

Post a Comment