ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DAP BAWA AGENDA KRISTIAN ???

Wednesday 2 January 2013

DAP BAWA AGENDA KRISTIAN ???



Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hassan Ali mendakwa berkemungkinan terdapat agenda ‘Kristian’ yang cuba dibawa oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng apabila mahu penganut Kristian dibenarkan menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam kitab Bible di Semenanjung Malaysia.
“Ya jawabnya memang ada kaitan dengan politik, ya ada kaitannya dengan PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13), ya ada kaitannya dengan rancangan walaupun dinafikan untuk mengkristiankan Malaysia,” katanya pada sidang media di pejabatnya.
Hassan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Pusat menyifatkan Guan Eng mungkin berhadapan tekanan daripada pimpinan tertinggi DAP yang 70 peratusnya beragama Kristian terus mengasak untuk memperjuangkan hak-hak mereka.
“Saya rasa apa yang ditimbulkan oleh Lim Guan Eng adalah disebabkan oleh tekanan bukan kerana tekanan disebabkan hendak memberikan keselesaan kepada semua tetapi tekanan kepada banyak orang, pimpinan DAP (70 peratus) adalah beragama Kristian."
“Oleh itu, maka tekanan dan kehendak-kehendak Kristian itu diketengahkan, kadang-kadang kemungkinan atas mengetengahkan tekanan-tekanan berikut, mungkin ada sedikit masalah-masalah nanti yang berpanjangan apabila menghadapi pilihan raya umum terutamanya masalah politik dari orang Islam dan Melayu,” tambah beliau.
Justeru beliau turut menyifatkan agenda ini digunakan sebagai untuk menarik lebih ramai pengundi Kristian untuk mengundi parti itu. Beliau turut menempelak Guan Eng yang kononnya selama ini mendakwa menjaga sensitiviti perkauman dan agama di negara ini secara terhormat.
“Saya hendak tanya betul ke DAP menjaga orang Melayu? DAP Pulau Pinang betul ke menjaga orang Melayu?"
“Nak jaga kepentingan orang Melayu lagilah saya tengok isu penggunaan kalimah Allah ini pun tidak menjaga kepentingan orang Melayu yang rata-rata adalah orang Islam,” katanya.
Untuk rekod sebelum ini Timbalan Mursyidul Am PAS, Profesor Datuk Dr Harun Din telah menjelaskan bahawa dalam keadaan apapun, kalimah ‘Allah’ tidak boleh digunakan selain daripada untuk agama Islam.
Harun Din sebelum ini menegaskan sesiapa yang cuba menyokong dan bersetuju untuk membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ tersebut selain daripada khusus untuk agama Islam boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.
Justeru beliau menggesa PAS sebagai parti Islam sepatutnya tampil ke hadapan mengingatkan ahli dan penyokong parti tentang pandangan Timbalan Mursyidul Am Pas itu.
“Seperti yang diketahui terdapat beberapa pemimpin parasit dalam PAS yang menyanggah pandangan Profesor Datuk Dr Harun Din dan menganggap pandangan itu hanya pandangan peribadi.
“Amat dikhuatiri jika usaha ini tidak dilakukan, masyarakat Islam akan menganggap PAS sudah terpalit dengan agenda Kristian DAP itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment