ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DAP RISAU PERKEMBANGAN TERBARU PR.

Sunday 16 December 2012

DAP RISAU PERKEMBANGAN TERBARU PR.


Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengakui pakatan pembangkang boleh kehilangan peluang keemasan untuk membentuk Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berikutan beberapa isu yang melanda gabungan itu sejak kebelakangan ini.

Kit Siang mendakwa, situasi itu boleh berlaku berikutan beberapa perkembangan terbaharu berkaitan pakatan pembangkang yang menyebabkan pengundi atas pagar mula berasa ragu-ragu atas kerjasama yang wujud dalam pakatan berkenaan.
“Perkembangan beberapa bulan ini boleh memberikan sebab untuk pengundi atas pagar mula berasa ragu-ragu sama ada parti pakatan yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP betul-betul komited terhadap Kerangka Dasar Bersama PR dan Buku Jingga,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Kit Siang berkata, keraguan yang telah digunakan habis-habisan oleh media perdana dan `cybertrooper’ Barisan Nasional (BN) itu perlu diatasi segera atau pakatan pembangkang akan kehilangan peluang keemasan menawan Putrajaya.
Maka, katanya, beliau menggesa parti dalam pakatan pembangkang supaya berkerja keras untuk terus memenangi hati pengundi atas pagar.
Selain itu beliau membayangkan kemungkinan pakatan pembangkang akan memperoleh majoriti kecil 28 kerusi pada PRU13 iaitu 45 kerusi dari PKR manakala DAP dan PAS masing-masing mendapat 40 kerusi pada PRU13.

No comments:

Post a Comment