ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HOT!!! KOMEN DAP TENTANG PM.

Monday 3 December 2012

HOT!!! KOMEN DAP TENTANG PM.

Satu bukti Najib Razak berhasil melaksanakan tugas beliau. 


Sila baca :

AIR ITAM: Pengerusi DAP, Karpal Singh dilihat memuji sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan sedang cuba sehabis terbaik untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat.  

Menurutnya, kesungguhan Najib itu dilihat daripada usaha kerap turun padang untuk mendekati rakyat dalam proses transformasi yang diperkenalkannya. 

"Beliau dilihat bekerja keras untuk mendapatkan mandat rakyat namun segalanya bergantung sama ada beliau mencapai sasaran beliau atau tidak. Semuanya akan terbukti pada keputusan pilihan raya kelak. 

"Beliau juga dilihat begitu komited bagi menjayakan program transformasinya sehingga melepasi kemampuan sendiri. Beliau bekerja keras untuk dapat semula sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional(BN)," katanya kepada media. 

Menurutnya, Najib tidak pernah mendapat mandat rasmi daripada rakyat kerana beliau mengambil jawatan itu daripada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2009. 

"Dengan itu, beliau perlu mendapat mandat dari rakyat berdasarkan kedudukan politik beliau sendiri."Bagi mendapatkan mandat rakyat, beliau memperkenalkan banyak program dan ia akan ditentukan rakyat kelak sama ada rakyat mahukan kepimpinan dia atau tidak," katanya. 

Karpal berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Najib mampu untuk mendapatkan mandat daripada rakyat dalam program transformasi yang diusahakannya itu. 

Sebelum ini, Najib memperkenalkan banyak program menerusi program transformasi yang diperkenalkan, antaranya Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Politik. 

Ia termasuk pelbagai program berbentuk sosial dan kebajikan seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA 1Malaysia), Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), Menu Rakyat 1 Malaysia, bantuan RM100 untuk setiap pelajar sekolah dan baucar buku RM200 untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) - AntaraPos.

No comments:

Post a Comment