ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BENARKAH UNDI PAS DAPAT PAHALA ???

Thursday 27 December 2012

BENARKAH UNDI PAS DAPAT PAHALA ???


Benarkah jika mengundi PAS pada PRU akan datang ,umat islam bakal peroleh pahala??

Sapa yang lebih berhak tentukan pahala dan dosa ???

Pemimpin-pemimpin PAS kah??? Atau Tuhan Sekalian alam Allah S.W.T ???
Semestinya Allah S.W.T sahajalah yang mampu mengurniakan pahala dan mengazabkan dosa kepada hambanya.

Kenapa PAS beriya-iya menfatwakan undi PAS dapat pahala??? Adakah apabila mereka menang PRU-13 ini mereka bakal meminda perlembagaan yang mereka katakan sekular, dibuat oleh penjajah untuk digantikan dengan perlembagaan yang lebih Islam??? Adakah hudud yang dilaung-laungkan  PAS akan diterjemahkan sebagai undang-undang di negara ini??

Mana mungkin itu semua berlaku sebab PAS hanya parti minoriti dalam PR sekarang ini dan mempunyai paling sedikit kerusi di Parlimen berbanding DAP dan PKR.Bolehkah mereka hendak mengubah segalanya dalam sekelip mata??

Lihatlah kembali sejarah politik bagaimana dulunya PAS ketika mula-mula memerintah Kelantan, apabila UMNO mengemukakan calon di kalangan ahli agama untuk menentang PAS dalam pilihanraya,Nik Aziz selaku Menteri Besar telah menyindir calon UMNO sebagai menentang Nabi Muhammad S.A.W.

Kata Nik Aziz ,:"...ustaz-ustaz melawan Nabi Muhammad". Nik Aziz mensifatkan tokoh agama yang menentang calon PAS sama seperti menentang Nabi Muhammad. Sangat tidak boleh diterima akal apabila dia menyamakan PAS itu sebagai agama  padahal ia sama seperti UMNO, MCA dan lain-lain parti politik yang berdaftar dengan ROS dan perlembagaan partinya perlu pergesahan pendaftar pertubuhan. Jadi,mana mungkin PAS boleh mendakwa mengundi mereka dapat pahala, bagaimana pula dengan mengundi DAP dan PKR ,rakan parti mereka, adakah mendapat pahala juga sama seperti mengundi PAS ???


Justeru, apa beza kenyataan Nik Aziz "undi PAS dapat pahala" dan "undi PAS masuk syurga"??? Apa beza beza istilah "masuk syurga " dapat pahala"?? Ertinya,kenyataan beliau itu boleh juga ditafsirkan ,undi selain PAS "dapat dosa".
  
Selain itu ,Nik Aziz juga pernah dilaporkan berkata ,bahawa anggota UMNO tidak akan maksud syurga  kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.Katanya,perbezaan antara Islam yang didakwah oleh PAS dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam kalangan anggota UMNO."Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa orang ke syurga".Ini bermakna ,rugilah orang Islam luar dari Malaysia kerana disana tiada parti PAS yang menjanjikan pahala dan syurga sebagai ganjaran seperti di Malaysia.


Tetapi Sayang Sekali !!! , Kali ini Undi PAS
Kita Tidak Lagi Beroleh Pahala!!!
  • Setelah jelas pendirian DAP melalui kenyataan rasmi mereka bahawa Pakatan Rakyat sama sekali tidak menyokong dasar PAS yang mahu membentuk negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud - maka jelaslah PAS bersendirian dalam hal tersebut. DAP melalui lidah Lim Kit Siang dan Karpal Singh dengan tegas menolak hasrat dan cita-cita PAS itu, manakala PKR melalui lidah Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasinya dengan jelas menunjukkan nada dan irama yang sama dengan para pemimpin DAP.
  • Maka, terlondehlah segala niat sebenar PAS yang sanggup bersekongkol dengan DAP dan PKR selama ini. Bahkan jelaslah niat PAS tidak lebih daripada mahu menjatuhkan UMNO dan mengharapkan kuasa serta kedudukan. Jika dahulu, Nik Aziz berfatwa, sesiapa yang mengundi PAS akan memperoleh pahala, kini kita tidak lagi memperoleh itu semua. Hal ini adalah jelas dan nyata - PAS telah bersama-sama dan taat setia dengan parti yang terang-terang menolak hukum Allah dan menghalang pembentukan negara Islam. Sekiranya PAS masih tetap mahu bersama-sama dengan DAP dan PKR, maka PAS secara terang-terangan telah bersekongkol dengan musuh Allah dan Rasul-Nya yang menolak hukum Hudud dan negara Islam.
  • Sekarang, PAS sudah mengetahui secara rasmi - sesungguhnya DAP dan PKR sama sekali tidak menginginkan negara Islam dan hukum Hudud, maka mengapa PAS masih berdegil mahu bersama mereka? Apa muslihat PAS sebenarnya? Ingin berjihad atau mendapatkan kuasa? Nampaknya, kali ini dengan mengundi PAS kita tidak lagi memperoleh pahala, kerana perjuangan dan dasar PAS pada hari ini sudah berubah dan sangat jelas parti tersebut membantu musuh Allah, sekali gus menyebabkan PAS hilang kredibiliti sebagai sebuah parti Islam.
  • Dewan Ulama PAS harus segera mengeluarkan fatwa dan hukum berkenaan permasalahan yang sedang dihadapi oleh parti tersebut. Yang jelas, sesiapa yang mengundi PAS tidak lagi mendapat pahala sebagaimana yang didakwa oleh Nik Aziz pada satu ketika dahulu - malah, jika tersilap hari bulan, dan PAS masih taat setia dalam Pakatan Rakyat, tidak mustahil mengundi PAS mendapat dosa - hal ini adalah kerana PAS sudah sedia maklum akan kemungkaran yang terdapat dalam Pakatan Rakyat, tetapi masih terus menyokong dan bersatu dengan kemungkaran-kemungkaran tersebut. Maka eloklah kita fikir-fikiran.

No comments:

Post a Comment