ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAS TERTIPU PEMBOHONGAN SENDIRI

Friday 16 November 2012

PAS TERTIPU PEMBOHONGAN SENDIRI

Muktamar PAS tahunan bermula dengan perasmian dua sayap Muslimah dan Pemuda PAS pada hari Rabu 14/11/2012 di dua tempat berlainan di Kota Baru.

DEWAN MUSLIMAH PAS PUSAT (DMPP)

Perasmian Dewan Muslimah PAS Pusat (DMPP) dilakukan di Kelantan Trade Center dan ucapan Naib Ketua Muslimah PAS,  Senator Hjh Mumtaz Nawi banyak menyeru perwakilan supaya yakin dengan perjuangan dan agenda PAS yang nampaknya sudah dinajiskan oleh kumpulan Anwarinas. 
Mumtaz berkata perjuangan wanita adalah membebaskan demokrasi di negara yang sedang tercalar. Di mana kini perjuangan PAS untuk Islam? Dah macam bunyi DAP pula. Dia HANYA meminta perwakilan yakin pada diri supaya sistem Islam dapat dilaksana dalam negeri dan negera,,


DEWAN PEMUDA PAS PUSAT (DPPP)

Manakala, Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dijalankan di Dewan Jubli Perak, Kota Baru. Ianya dirasmikan oleh Mat Sabu. Seramai 1,000 orang hadir termasuk 700 perwakilan. Turut hadir adalah Mahfuz Omar dan A Samad Said. Dalam ucapannya, Ketua Pemuda PAS, Nasarudin Hassan Tantawi hanya menyuarakan suara semangat mengatakan bagi memastikan PAS menang, DPPP perlu memperkukuh PAS dalam mendekati anak muda.

Dia menekankan DPPP perlu sentiasa komited untuk melahirkan pemimpin baru dan bersedia  hadapi politik baru.

Fokus DPPP diulang berkali-kali adalah sokongan anak muda dan pengundi kali pertama. Dia meminta adakan daftar pengundi, jejak undi muda, atur program, kumpul dana secukup dan adakan gerak kerja yang giat.

Nasrudin menekankan PAS sebagai gerakan dakwah yang perlu kemuka polisi bagi menambah  keyakinan rakyat.

Nampak dia akan berlegar pada isu-isu agenda Bersih untuk pilihanraya adil, expresi anak muda pencetus sokongan anak muda, royalti minyak kelantan, royalti minyak, FVGH, belanjawan defisit negara, hutang kerjaan, negara bankrup 2019, AES, dan Buku Jingga.

DEWAN ULAMA PAS PUSAT (DUPP)

sinarharian


Antara Akidah & Kuasa, PAS Pilih Kuasa


Saya tertarik dengan capan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Haron Taib yang meremehkan usaha membuka kebebasan beragama dikalangan orang Melayu oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.


Haron, dalam ucapan yang dibacakan Naibnya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad yang juga Pesuruhjaya PAS Johor menyatakan bahawa Dewan itu lebih berminat untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya akan datang, dan tidak ada masa membincangkan kenyataan Nurul Izzah itu.

Ini satu lagi bukti kepada sekian banyak kejadian yang menunjukkan bahawa PAS memang sudah jauh tergelincir dari perjuangan asalnya.

No comments:

Post a Comment