ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PANAS !!! APA PANDANGAN PAS BILA NURUL IZAH SOKONG MURTAD ???

Sunday 4 November 2012

PANAS !!! APA PANDANGAN PAS BILA NURUL IZAH SOKONG MURTAD ???

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama harus dilaksanakan secara adil tanpa mengira agama termasuk Islam.
   Kata beliau, seharusnya tidak wujud sebarang desakan beragama sehingga membezakan antara agama Islam dan agama lain.
   “Tiada desakan dalam beragama., mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’, ia seharusnya dilaksanakan sama rata,” katanya ketika menjadi panel forum'Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang hari ini.


Isu murtad merupakan sebahagian isu yang sentiasa hangat dan belum selesai diperbincangkan oleh banyak pihak dalam masyarakat, terutama ahli-ahli agama dan Institusi-institusi agama dan masjid-masjid di negara ini. Murtad yang diertikan dengan menukar agama  Islam kepada bukan Islam,  atau menyimpang dari akidah Islam  kepada akidah kufur. Murtad adalah suatu dosa yang sangat besar, bahkan paling besar antara dosa-dosa besar.
Kini perlembagaan yang menyebut hak kebebasan beragama di Malaysia sudah menjerut leher umat Islam sendiri.  Tapi selagi mana ianya adalah undang-undang manusia, maka kelemahan bakal terlihat di situ di mana pihak yang berkepentingan akan menggunakan kelemahan ini sebagai senjata mereka menghancurkan umat Islam.
Gejala murtad di Msia perlu dianggap sebagai satu ancaman kepada negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam. Orang bukan Islam secara keseluruhan sepatutnya dapat menerima bahawa persoalan murtad ini amat sensitif di negara Malaysia yang merupakan agama rasmi adalah Islam dan tidak boleh diperlekehkan. Pada masa yang sama, umat Islam mestilah mengiktiraf hak bukan Islam untuk mengamalkan agama-agama mereka akan terus dipelihara dan dihormati, dan memahami bahawa mereka juga sensitif di dalam isu-isu agama.
Semua rakyat Malaysia mesti menjaga kata-kata dan tindakan berkaitan isu ini serta perkara-perkara lain yang mungkin mengeruhkan hubungan antara agama. Setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama mestilah terus memegang muafakat yang dicapai menerusi Perlembagaan Persekutuan. Selain dari kebebasan beragama, rakyat Malaysia juga mestilah berusaha memelihara kebebasan-kebebasan lain yang diperuntukkan Perlembagaan Malaysia.
Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaaan persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam.
Walau bagaimanapun permohonan orang Islam untuk tukar agama masih tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah berdasarkan Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri.

SAMA-SAMA KITA TUNGGU APAKAH PANDANGAN DAN REAKSI PEMIMPIN DAN PENYOKONG PAS BERKENAAN ISU INI !!!

No comments:

Post a Comment