ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KETUA PEMUDA PAS KENA BELASAH TERUK DALAM MUKTAMAR

Thursday 15 November 2012

KETUA PEMUDA PAS KENA BELASAH TERUK DALAM MUKTAMAR

Seronok juga tengok perbahasan perwakilan yang bahaskan ucapan dasar ketua Pemuda PAS Malaysia dalam muatamar kali ni kerana hampir semua wakil pembahas dari negeri-negeri menyuarakan tidak puas hati dengan ucapan dasar kali ni yang katanya buku ucapan dasar presiden itu terlalu panjang lebar sampai 55 mukasurat yang membabitkan 145 perenggan dan adalah mustahil bagi wakil negeri untuk membahas kesemua ucapan dasar tersebut.
Ada wakil negeri yang kata ucapan dasar Ketua Pemuda PAS itu hanyalah sekadar retorik kerana realitinya kepimpinan tertinggi pun tiada kawasan untuk bertanding dengan maksud kepimpinan tertinggi tiada "grassroot" untuk merasai sendiri macamana realiti sebenar untuk menggerakkan pemuda dan dalam masa yang sama mahu menarik sokongan masyarakat digrassroot kepada PAS.

Ada sorang perwakilan pula belasah Ketua Pemuda PAS mengenai  Akademi Kepimpinan Pemuda  (AKP) yang walaupun disebut dalam ucapan dasar untuk diperkasakan padahal realitinya status semasa AKP pun tidak jelas, samada "hidup" atau "mati" kerana tiada  langsung aktiviti dah latihan untuk pemimpin pemuda.

Yang lebih menarik lagi ada perwakilan yang membelasah Pemuda PAS Malaysia yang masih gagal lahirkan pemimpin yang boleh jadi ikon dan igauan anak muda. Pemimpin Dewan Pemuda PAS Pusat nampak macam "tua sebelum masanya" ( umur masih muda langsung tiada semangat seolah-olah menggambarkan mereka seorang "tua' yang uzur)

Seorang dari wakil negeri melahirkan perasaan kecewa dengan sikap Dewan Pemuda PAS Pusat yang dilihat banyak berdiam diri dan tidak berani menegur kepimpinan tertinggi PAS pusat.

Harakah sebagai lidah rasmi PAS juga tidak ketinggalan terkena serpihan apabila ada wakil negeri menempelak akhbar rasmi PAS itu yang.....
20121115-121910.jpg
KOTA BHARU – Sidang pengarang lidah rasmi Pas, Harakah ditegur kerana gagal memainkan peranannya sebagai medium penyebaran maklumat gerakan Islam.
Selain itu mutu pemberitaan media rasmi Pas itu juga disifatkan semakin merosot dan kurang berkredibiliti serta menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya.
Teguran berkenaan merupakan usul yang dikemukakan Pas Wilayah Persekutuan untuk dibahaskan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat ke-53 di sini, Khamis.
“Kita menyedari bahawa Harakah seolah-olah tidak menjadi organ jemaah Islam dan tidak membawa aspirasi dalam memicu kebangkitan gerakan Islam,” kata pernyataan usul di bawah tajuk usul media parti yang dieadarkan kepada media.
Menerusi pernyataan itu juga, Pemuda Wilayah Persekutuan mendesak Pas Pusat menstrukturkan semula sidang editorial Harakah agar dapat menterjemaahkan matlamat sebenar parti itu.
“Kita juga mendesak Pas Pusat membentuk sebuah jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungan dan pemberitaan Harakah dan Harakahdaily supaya selari dengan dasar parti,” katanya.

No comments:

Post a Comment