ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HAKIKAT YANG PERLU KITA SEDAR DAN PERCAYA

Thursday 27 September 2012

HAKIKAT YANG PERLU KITA SEDAR DAN PERCAYA




Dalam hal atau bab untuk menundukkan atau menjinakkan PAS, pujian harus diberikan kepada Karpal Singh. Dalam hal ini Karpal Singh cukup hebat.

Cuba anda semua bayangkan , Karpal Singh seorang yang lumpuh , dan dari atas kerusi roda dia berjaya tundukkan PAS agar tidak lagi memperjuangkan negara islam, yang mana akhirnya kita semua dapat saksikan bagaima
na PAS secara rasminya mengugurkan perjuangan "NEGARA ISLAM" dengan menggantikan kepada "NEGARA BERKEBAJIKKAN" pada muktamar mereka tahun lepas.

Dengan suara dari atas kerusi roda saja, PAS sanggup gugurkan apa yang mereka perjuangkan sejak puluhan tahun lalu. Kalaulah Karpal masih sihat dan tegap seperti dulu, rasanya 1 atau 2 tahun lepas PAS telah dibubarkan dan semua ahli-ahlinya termasuk NIK AZIZ sudah menyertai DAP.

Oleh yang demikian adalah baik sekiranya UMNO dapat belajar dengan Karpal Singh bagaimana caranya untuk jinakkan atau tundukkan PAS.
 

No comments:

Post a Comment