ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ALANGKAH BAIKNYA JIKA MELAYU ISLAM BERSATU HATI.

Thursday 27 September 2012

ALANGKAH BAIKNYA JIKA MELAYU ISLAM BERSATU HATI.



Walaupun tidak menghadiri perarakan membantah filem hina nabi tapi saya agak terpanggil untuk melihat sendiri gambar-gambar yang telah dipost ke dalam FB dan Twitter.

Tidak dinafikan memang ramai umat Islam yang berkumpul tidak kira samada di Masjid Jamek Kg. Baru ataupun dari bangunan tabung haji. Tahniah saya ucapkan kepada Pemuda UMNO dan Pemud
a PAS yang bersepakat mahu menganjurkan himpunan itu.

Meriah tapi tak ramai seperti Perhimpunan Bersih yang dianjurkan Pakatan Rakyat. Mana penyokong-penyokong "Bersih" pergi? Adakah ramai dari mereka telah keluar dari Pakatan Pembangkang akibat diperbodohkan oleh pemimpin mereka?

Kita sepakat membantah penerbitan filem hina nabi itu tapi kita tidak sepakat dalam menegakkan hal-hal berkaitan Islam dan perpaduan sesama umat. Sekiranya kita bersatu dalam semua hal berkaitan dengan kepentingan Melayu dan Islam , semestinya Kaum bukan Melayu yang melihat Melayu (tanpa mengira fahaman politik) bersatu hati dan sepakat yang memungkinkan lebih banyak persepakatan sesama Melayu akan berlaku sebagaimana Cina dalam DAP dan luar DAP begitu bersepakat dan senada dalam memainkan isu berhubung kepentingan mereka.

Sampai sekarang saya masih berpegang kepada kata-kata datok nenek saya yang DAP tidak pernah ikhlas dalam memperjuangkan kepentingan Islam dan Melayu. Semua itu hanyalah sandiwara politik untuk mendapatkan undi dari Melayu terutama dari PAS. Kalau betul DAP mementingkan penyatuan Islam dan Melayu, parti konon Islam itu tak akan berpakat dalam gabungan luar tabiee tu. Percayalah yang sebenarnya agenda DAP hanyalah memecah belah bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia. 

No comments:

Post a Comment