ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ADA EXCO PAS KELANTAN KERAP KE LUAR NEGARA

Sunday 30 September 2012

ADA EXCO PAS KELANTAN KERAP KE LUAR NEGARA



PESAN TOK GURU ...

1) RAKYAT DAN PEMIMPIN PAS KELANTAN  DIMINTA BERJIMAT CERMAT
2) RAKYAT DAN PEMIMPIN PAS KELANTAN  DIMINTA MENDERMA
3) PEMIMPIN PAS KELANTAN DIMINTA "LOW PROFILE"

NAMUN ....

Saya terkejut beruk membaca satu artikel bertajuk "Lawatan PBT, Exco Dan Kakitangan Berkanun Kelantan Habiskan Duit" daripada blogger terkenal Merah Tinta MSO. Klik untuk baca seterusnya.
http://msomelayu.blogspot.com/2012/09/lawatan-pbt-exco-dan-kakitangan.html

Apa yang membuatkan saya sebagai rakyat marhein negeri Kelantan terkilan adalah kerana pesanan atau amanat "Tok Guru" itu seolah-olah tidak diambil perhatian yang serius oleh kepimpinan PAS Kelantan terutama yang bergelar "EXCO" dalam membantu "Tok Guru" mengurus tadbir Kelantan. Apa gunanya gelaran negeri Kelantan sebagai "Serambi Mekah" di bawah kepimpinan "ulamak" sekiranya hanya "Tok Guru" saja yang dilihat berpenampilan "low profile' sedangkan kepimpinan PAS Kelantan terutama dikalangan Exco sendiri hanya tahu menghabiskan wang rakyat dengan alasan keluar negara atas urusan rasmi kerajaan, sedangkan tiada laporan dibuat dari hasil lawatan keluar negara. Atau adakah dengan pemberian "buah tangan" dari luar negara kepada "Tok Guru" sudah cukup untuk di jadikan bukti mereka sememangnya ke luar negara?

Tetapi sebaliknya, senario berbeza berlaku di peringkat bawahan  kerana apa yang kita lihat setiap majlis PAS pasti ada tabung derma minta bantuan rakyat hulurkan sumbangan. Dan yang lebih parah lagi, derma ditagih daripada rakyat Kelantan untuk membina lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai sepanjang 73 kilometer dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM1.8 bilion. Betapa teruknya tadbir urus janaan ekonomi PAS Kelantan sampai nak buat jalan pun ditagih wang rakyat.

Kadang-kadang terasa kasihan juga saya dengan "Tok Guru" yang semakin tua dan seringkali saja uzur yang beriya-iya mahu menjadikan Kelantan sebagai negeri "Serambi Mekah" yang banyak membawa kebaikan dan kebajikan kepada rakyat Kelantan, namun MANGKUK-MANGKUK PENASIHAT yang ada di sekeliling beliau tidak ubah seperti IBLIS dan SYAITAN yang hanya menjadikan "Tok Guru" sebagai "BONEKA" kepada sebuah Kerajaan Islam di Kelantan.

Semoga nukilan ringkas saya ini bisa menyedarkan kita semua.

WALLAHULAM..... Sekian

No comments:

Post a Comment