ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Wednesday 12 February 2020

SEORANG IBU YANG TERLEPAS CAKAP TERHADAP ANAKNYA

(Ini kisah benar seorang ibu yang tersasar doa. Terlupa istighfar selama 25 tahun..!) 

Aku sedang membersihkan rumah. Tiba-tiba anak lelakiku yang masih kecil berlari ke arahku..! Dia terlanggar satu pasu bunga yang dibuat daripada kaca..! Pecah hancur berkecai..!

Aku benar-benar marah kerana pasu itu memang mahal harganya. Tanpa ku sedari, aku telah melontarkan kata-kata,

"Mati engkau hendaknya..! Semoga budak ni ditimpa dinding bangunan dan tulang-belulang kau hancur..!”

Tahun demi tahun berlalu..! Anak lelakiku membesar, aku dah lupa akan doa itu. Aku pun tak anggapnya penting dan aku tak tahu bahawa doa itu telah naik ke langit..!

Anak lelakiku dan adik-adiknya yang lain sedang membesar..! Dia anak sulong yang paling aku sayangi dari anak-anakku yang lain. Dialah anak yang rajin dan pandai menghurmati aku dan berbakti kepadaku dibandingkan adik-adiknya yang lain..!

Kini dia telah menjadi seorang Jurutera yang berjaya..! Tak lama lagi dia akan berkahwin. Tak sabar rasanya aku nak menimang cucu..!

Ayahnya ada sebuah bangunan yang dah uzur dan ingin dibaik-pulih. Maka pergilah anak aku bersama ayahnya ke gudang itu. Para pekerja sudah bersiap-siap untuk merobohkan satu dinding yang sudah usang.

Sedang mereka melakukan kerja, anakku pergi ke belakang bangunan tanpa disedari sesiapa pun. Dengan tak semena-mena dinding bangunan itu terjatuh menimpanya..!

Kedengaran suara berteriak di dalam runtuhan itu sehinggalah suaranya tak kerdengaaran lagi..!

Semua pekerja berhenti. Hairan suara siapa..? Mereka berlari ke arah runtuhan itu..! Mereka mengangkat dinding yang menghimpit anakku dengan susah payah dan segera memanggil Bomba dan Ambulan.

Mereka tidak dapat mengangkat badan anakku. Ia remuk seperti kaca yang jatuh pecah berkeping-keping..!

Sebahagian mereka mengangkat badan  anakku yang hancur dengan berhati-hati dan segera membawanya ke Unit Kecemasan di Hospital..!

Ketika ayahnya menghubungiku, seakan-akan Allah menghadirkan kembali kata-kataku padanya semasa ia masih kecil dahulu..!

Aku menangis hingga pengsan. Bila sedar, aku berada di Hospital dan aku meminta untuk melihat anakku..! Ketika melihatnya, aku seakan mendengar suara yang berkata,

"INI DOAMU KAN..? Sudah AKU kabulkan..! Setelah sekian lama engkau berdoa, sekarang Aku akan mengambilnya..!"

Ketika itu, jantung aku seakan berhenti berdetik. Anak aku menghembuskan nafasnya yang akhir..! Aku berteriak dan menangis sambil berkata,

"Ya Allah..! Selamatkanlah anak aku..! Jangan pergi nak..!"

Seandainya, lidah ini tidak mendoakan kebinasaan 25 tahun yang lalu..! 
Andaikan..! Andaikan..! Andaikan..! Tetapi kalimat ‘andaikan’ ini tidak berguna lagi waktu ini..!

Cerita ini dari satu kisah benar..! Pesananku pada para ibu..! Jangan sekali-kali terburu-buru mendoakan KEBURUKAN anakmu ketika kamu sedang marah..!

Berlindunglah kepada Allah dari godaan syaitan..! Jika kamu ingin memukulnya, pukul sajalah..! Tapi jangan kamu mendoakannya dengan yang bukan-bukan sehingga kamu akan menyesal seperti aku..!

Sesungguhnya aku menulis ini dengan airmataku yang turut mengalir..!

Wahai anakku..! Aku rela rohku turut bersamamu..! Hingga aku boleh beristirahat dari kepedihan yang aku rasakan sepeninggalanmu..!

Tolong sebarkan cerita ini kepada semua wanita..! Doakanlah yang baik-baik saja untuk anak-anak..! Doa itu pasti akan terjawab walaupun untuk sekian lama..! Tunggulah dan Allah swt pasti akan mengabulkannya.

Sunday 8 April 2018

MANIFESTO BN 2018 TERBAIK DALAM SEJARAH


Manifesto BN bagi PRU14 yang menggariskan 364 inisiatif dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi adalah yang terbaik dalam sejarah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, manifesto setebal 220 muka surat itu adalah satu dokumen komprehensif kerana menjanjikan inisiatif-inisiatif untuk dilaksanakan termasuk memberi perhatian kepada permintaan rakyat Sabah dan Sarawak.

“Malam tadi, saya turut berada di Stadium (Axiata Arena), Bukit Jalil mendengar pengumuman  pengerusi BN memperkenalkan Manifesto BN dalam menghadapi PRU 2018.

Reaksi segera saya setelah mendengar ucapan tersebut ialah agendanya realistik, manifestonya terbaik, komprehensif dan praktikal untuk rakyat Malaysia,” katanya dalam catatan di blog  sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Salleh yang juga Bendahari Umno menyifatkan tepukan dan sorakan anggota parti di Axiata Arena  malam tadi adalah sorakan keyakinan rakyat kepada manifesto BN kerana BN terbukti telah mampu menunaikan  99.4 peratus janjinya dalam PRU 2013 yang lalu.

Beliau turut teruja dengan cara Najib selaku pengerusi parti membentangkan manifesto BN berbanding dengan cara sebelumnya iaitu membentangkannya dengan mengangkat keperluan setiap negeri secara adil dan menyeluruh.
Dalam manifesto bertajuk 'Bersama BN Hebatkan Negaraku', antara lain BN menjanjikan komitmen berikut: memberi tambahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan sasar, menurunkan had kadar faedah dan caj lewat bayar kad kredit, mengurangkan kos langganan jalur lebar 50 peratus dan menggandakan kelajuan.

Manifesto itu juga turut mengangkat peningkatan bantuan RM500 untuk bayi baru lahir di bawah program ADAM50, tujuh hari cuti tahunan bagi golongan ibu untuk menjaga anak-anak yang sakit, memperkenalkan sekolah beraliran Inggeris di Sabah dan Sarawak sebagai projek rintis, memenuhi Perjanjian Malaysia 1963 berdasarkan konsensus, menghapuskan harga berbeza untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah-Sarawak, dan memperkasa komuniti Dayak dan Kadazandusun.

“Setelah menelitinya, saya menilai manifesto BN adalah terbaik dan berjaya menenggelamkan manifesto PH (Pakatan Harapan).

Dengan manifesto sebaik ini, maka ini membuktikan BN adalah parti yang menitikberatkan kepentingan rakyat bagi membolehkan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik,” kata Salleh.

Manifesto PRU14 menawarkan 14 teras iaitu Utama Ibu dan Wanita; Kediaman 1Negaraku; Tiga Juta Kerja; Senyum Sabah dan Sarawak; Pengangkutan Futuristik; Perkasa Digital; Barangan Malaysia; BR1M Lebih Baharu; Dompet Rakyat; Pendidikan Sesuai Masa Depan; Hidup Sihat; Aman 1Negaraku; TN50 dan Penjagaan Kanak-Kanak Universal. 
Bernama

Friday 16 February 2018

KASIHAN ANWAR IBRAHIM : PERLU TUNGGU TAHUN 2020 UNTUK JADI PM KE 8

1. Simpati melihat nasib Dato' Seri Anwar Ibrahim dan sekalian penyokongnya. Mereka tidak sedar sedang ditipu hidup-hidup oleh Tun Dr Mahathir, musuh ketatnya dulu yang kini sudah bertukar menjadi bos no 1 Pakatan Harapan. 

2. Pihak Jabatan Penjara Malaysia mengumumkan tarikh Anwar dijangka dibebaskan ialah pada 08 Jun 2018.
Pakatan Harapan pula sebelum ini berjanji untuk berusaha mendapatkan pengampunan Diraja agar Anwar dapat menjadi calon PM ke 8. 

Pada penghujung Konvensyen PH, mereka mengumumkan Muafakat Pakatan Harapan yang antaranya menyebut;

"Untuk memperkukuh kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan dan memperteguh muafakat antara parti-parti anggota, proses undang-undang untuk mendapatkan Pengampunan Diraja bagi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan segera, selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara, agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat segera berperanan dalam Kerajaan Persekutuan dan kemudiannya diangkat sebagai calon Perdana Menteri ke-8;"

3. Hari ini, Tun M berkata 2 tahun cukup untuk beliau “menyelesaikan masalah yang ditinggalkan” Datuk Seri Najib Razak.

Oh, baru saya faham maksud 'segera' dalam Muafakat PH itu ialah 2 tahun rupanya. 

Impian PKR untuk melihat pemimpin sanjungan mereka, Anwar Ibrahim bergelar PM kelihatan masih jauh panggang dari api.

Mereka perlu sabar menunggu sehingga tahun 2020 kerana Tun M mahu menjadi PM selama 2 tahun lagi. 
Silap gaya impian Anwar sebagai PM ke 8 itu akan berkecai dan hanya akan tinggal kenangan kerana tidaklah mustahil bagi pemain politik licik seperti Tun M ini melantik anak kesayangannya si Mukhriz sebagai penggantinya di takhta.

Tuesday 13 February 2018

PRU 14 : PERTEMBUNGAN TIGA KUASA PAKATAN


Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini menjadi satu pilihan raya istimewa apabila berlaku pertembungan antara tiga kuasa pakatan.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tempoh PRU14 yang ditunggu-tunggukan itu semakin dekat.

Justeru, katanya PRU14 kali ini menjadi istimewa apabila akan berlaku pertembungan besar antara tiga buah pakatan parti yang besar.

Beliau menegaskan PAS sendiri berada dalam satu pakatan Gagasan Sejahtera yang terdiri dari Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

"Kita sekarang sudah dekat dengan PRU14. Apa yang istimewanya dalam PRU akan datang ialah satu pertembungan besar di antara tiga buah pakatan atau kumpulan parti yang besar, yang akan bertarung pada pilihan raya akan datang.

"Kita, PAS berada dalam satu pakatan iaitu Gagasan Sejahtera yang adanya parti Ikatan dan Berjasa.

"Kita (PAS) akan berhadapan dengan dua musuh politik. Kita bukan sahaja berlawan dengan Barisan Nasional (BN). Bahkan, kita juga berlawan dengan Pakatan Harapan (PH).

"Cuma dua ini berbeza kerana satunya adalah parti pemerintah (BN) dan satu lagi parti pembangkang (PH) yang turut bersaing dengan kita dari Gagasan Sejahtera yang diketuai oleh PAS untuk mara ke Putrajaya," Insya-Allah, jelasnya.

Thursday 1 February 2018

WAKTU AFDAL ZIARAH KUBUR

RAMAI ORANG TIDAK SEDAR Dan Tidak Tahu Waktu Afdal Ziarah Kubur. Roh Ibu Bapa Ada Di Kubur Tunggu Anak Mereka. 

SATU KALI ANDA SEBAR MUNGKIN DAPAT MENGINSAFKAN BERIBU INSAN YG TIDAK TAHU TENTANG INI

Tajuk : Adab menziarahi kubur.
Terutama kubur ibubapa. Disunatkan menziarah pada hari Khamis selepas solat Asar, sepanjang hari Jumaat dan hari Sabtu sebelum Zohor. Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak-anak menziarahinya.

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurarah r.a Hadis rasulullah saw :

Seorang anak yang menziarahi kubur ibubapanya pada hari-hari tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kepada kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa-dosa anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT.

Jika anak tersebut adalah seorang yang derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yg taat.

Ketika dikubur :

1. Memberi salam kepada simati dengan panggilan yang biasa semasa hayatnya. Seperti "Assalamualaikum mak/bapa". Roh mendengar dan menjawab salam.

2. Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala simati dan kita membelakangkan kiblat.

3. Membaca quran atau doa-doa yg baik untuk simati.

Kitab Riyadhus Solihin, kupasan oleh Ustaz Norazan.

Monday 29 January 2018

FAKTA - EAST COAST RAIL LINK (ECRL)

2 track keretapi sepanjang 688 km , 2 fasa :
1- Sepanjang 600.3 km - Dari Gombak ke Tumpat. Kos Rm46b
2- Sepanjang 88 km- Dari Gombak ke Port Klang. Kos Rm9b
Kos keseluruhan untuk 688.3 km ialah Rm55b 

Pemilik ECRL ini ialah 100% Kementerian Kewangan dan 85% di biayai dengan pinjaman mudah dari Negeri China.

Di jadualkan siap pada tahun 2024 dan pembayaran habis loan di jangka dalam masa 8 tahun iaitu tahun 2034 ( walau pun pinjaman selama 20 tahun )
Cadangan tambang dari Gombak ke Tumpat ialah Rm120 di mana Kerajaan subsidi lebih 50% .

Bagi membolehkan pembayaran balik dalam masa 8 tahun , 80% daripada pengangkutan ini membawa kargo dari pantai Timur terutama dari Industri-Industri di Kuantan dan Pekan .

Manafaat untuk penduduk Negeri Selangor, Kuala Lumpur , Pahang, Trengganu dan Kelantan.

Perjalanan dari Gombak ke Tumpat memakan masa 10 jam mengambil masa cuma 4 jam !

Jika di bandingkan dgn Terowong dasar laut Pulau Pinang kos purata per kilometer ialah Rm79.9 juta.

Kos Terowong Pulau Pinang Sepanjang 7.2 kilometer ialah Rm6.3 b bermakna per satu kilometer ialah Rm875 juta - kos yang gila ? Sebab itulah 40 tahun pun tak boleh ambil balik kos - satu projek penipuan DAP!

PERDANA MENTERI 2 KALI ??? RAKYAT BELUM GILA !!!

Muhyiddin tak setuju Mahathir jadi Perdana Menteri bukanlah perkara baru dalam penubuhan parti bunga ini, sebetulnya ianya telah beberapa kali dinyatakan didalam perjumpaan sesama mereka didalam kumpulan tersebut sebelum berhasrad mahu menubuhkan parti berkenaan.
Kemudiannya ia menjadi semakin hangat bila mana Mahathir dengan jelas menunjukkan sifat ketamakkannya walaupun berlakun malu-malu kuching mahu dilantik atau dipilih sebagai Perdana Menteri pakatan pembangkang sama ada dengan persetujuan Muhyiddin atau pun tidak.
Sementara Muhyiddin pula tidak sedar bahawa sejak beliau masih didalam parti UMNO yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Presiden merangkap Timbalan Perdana Menteri telah dimaklumkan bahawa beliau tidak boleh menjadi Perdana Menteri dan perkara ini dimaklumkan pada setiap kali perjumpaan ketika plan rancangan mahu menjatuhkan Dato' Seri Najib Tun Razak.
Alasan yang sering diberikan oleh Mahathir pada setiap pertemuan adalah Muhyiddin tidak mahu menjadi Perdana Menteri, ini yang dimaklumkan dengan tujuan mereka yang sedang bergolak dan bermasalah dengan UMNO tidak lagi memberi fokus kepada Muhyiddin dan mula memikirkan orang lain untuk di angkat menjadi Perdana Menteri, yang pada perkiraan Mahathir sudah pasti mereka akan memilih calon yang paling hampir dengan dirinya ia itu Muhkriz.
Tup-tup Muhyiddin yang sudah bersedia untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri telah menyusun rancangan dan berharap dengan keluarnya dari UMNO dan kemudiannya menubuhkan parti baharu maka besar harapannya untuk di pilih menjadi Perdana Menteri tanpa menyedari plan rancangan Mahathir.
Dengan bantuan dari Mahathir yang mempunyai pengalaman menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, tanpa menyedari sebarang muslihat telah bersetuju untuk menjadi Presiden parti baharu dan Mahathir dilantik menjadi Pengerusi dengan tujuan akan bertindak sebagai penasihat parti.
Memang persetujuan Mahathir untuk menyertai Muhyiddin sebagai pengerusi atau penasihat parti sangat menyenangkan Muhyiddin yang tidak menyangka bahawa apa yang akan berlaku adalah diluar perancangan asal penubuhan parti bunga yang mana dilihat kini Mahathir telah bertindak lebih sudu dari kuah.
Namun tindakan kepimpinan pakatan pembangkang sebaik sahaja parti bunga menyertai kumpulan pembangkang telah mengejutkan Muhyiddin dari mimpinya untuk menjadi Perdana Menteri, setelah dipersetujui bahawa Mahathir adalah yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya menjadi kerajaan.
Yang paling mengejutkan Muhyiddin ialah bila mana musuh paling ketat suatu ketika dahulu terhadap Mahathir yang begitu beria mahukan Mahathir diangkat menjadi Perdana Menteri, satu kerja gila yang orang gila pun belum tentu mahu melakukannya.
Setelah berjuang sebegitu lama mahu menjatuhkan Mahathir malah sahingga sanggup disumbatkan kedalam ISA sebagai tahanan tanpa bicara atau tahanan politik, tiba-tiba sangup menelapak dan sujud mencium kaki Mahathir dan mahukan Mahathir menjadi Perdana Menteri semula, apa punya gila yang ada dalam pembangkang ini pun kita tidak tahu.
Namun Mahathir tetap Mahathir nasfu serakahnya tidak dapat dibendung, nafsu yang terbentuk dari pelbagai rancangan yang terbengkalai, walaupun di tentang oleh sebahagian pemimpin dari PKR malah dari kepimpinan parti bunga sendiri namun dengan sokongan parti resis DAP, maka Mahathir tidak melihat pemilihan dirinya sebagai Perdana Menteri pembangkang bukan sebagai sesuatu perkara yang pelik atau ajaib.
Penyokong pakatan pembangkang termasuk parti Muhyiddin agak berang dengan tindakkan Mahathir yang dikatakan masih syok sendiri untuk menjadi Perdana Menteri, Mahathir kini telah menguasai parti bunga dan berjaya mengenepikan Muhyiddin.
Mahathir telah berjaya ‘hijack’ atau menguasai pakatan pembangkang dan sekali gus bakal menghalang cita-cita Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri dan telah memberi harapan kepada Muhkriz untuk mencuba nasib dalam pertarungan menjadi Perdana Menteri.
Walaubagaimana pun Muhkriz harus berdepan dengan Anwar Ibrahim, Nurul Ezzah, Guan Eng selain Muhyiddin yang juga mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, mereka yang terlebih dahulu telah perperang bereformasi dengan tujuan menjatuhkan Mahathir yang dahulu mereka gelarkan sebagai Mahafiraun dan Mahazalim, kini bakal mereka sanjung semula sebagai Perdana Menteri.
Namun percayalah bahawa Muhyiddin dalam diam tidak bersetuju Mahathir menjadi calon Perdana Menteri, tidak pernah ada idea untuk melantik Mahathir sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin tidak mahu Mahathir berada didalam dan menguasai parti kerana dengan adanya Mahathir didalam parti akan menjadi penghalang kepada idea-idea dan cita-cita Muhyiddin.
Pemilihan Mahathir adalah perkara yang tidak akan dilakukan oleh mereka yang siuman, selain dari mereka yang mempunyai nasfu serakah gila.

Sunday 28 January 2018

MCA: DAP DAN PKR MENGUNDANG KEMBALINYA MAHATHIRISME?


KALAU dahulunya pergerakan reformasi Anwar Ibrahim dan ‘Malaysian Malaysia’ pemimpin DAP Lim Kit Siang beria-ia mahu menjatuhkan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri atas sebab Mahathir memerintah dengan kuku besi. 

Beliau disabit mangamalkan kronisme, ketagih projek-projek mega raksasa, mengamalkan rasuah dan salahguna kuasa yang membebankan rakyat dan negara. 

Kini reformasi sudah tidak bermaya berhadapan dengan Mahathir dalam Pakatan Harapan mereka dan api perjuangan yang berkobar-kobar dahulunya telah menjadi reforMATI. 

Bagi puak Kit Siang pula, DAPist tidak lagi melaung-laungkan prinsip perjuangan mereka untuk sebuah negara demokrasi sosialis berdasarkan prinsip sama-rata, hak asasi dan keadilan sosial atas landasan ‘Malaysian Malaysia’. 

Peliknya kedua-dua puak ini telah memprovokasi rakyat semua lapisan untuk berjuang sehingga sanggup menggadai nyawa, sumber dan tenaga untuk menjatuhkan pemerintahan Mahathir yang kononnya merupakan perdana menteri yang paling kejam, paling kuat rasuah dan akan memufliskan negara dengan penyalahgunaan kuasa mutlaknya. 

Bagi Anwar dan reformasi, golongan dan lapisan pemuda idealistik yang inginkan perubahan menjadi sasaran mereka. 

Ramai yang mendapat pendidikan agama, yang berdakwah dan percaya pada nilai-nilai murni dan dahagakan nilai-nilai suci tidak sanggup melihat negara ini terus dibelenggukan dengan pemerintahan Mahathirisme yang telah disamakan dengan segala kekejaman, kezaliman dan ketidakadilan semasa. 

Puak Lim Kit Siang dan DAP pula mempersoalkan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan rasmi agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan. 

MCA dipersalahkan, dipersendakan dan dihina sebagai parti yang berdosa pada orang Cina dan etnik-etnik lain kerana menggadaikan hak mereka dan bersetuju dengan keistimewaan orang Melayu dan pribumi Sabah/Sarawak. 

Selama beberapa dekad sejak kemerdekaan dan khususnya semasa pemerintahan Mahathir, DAP telah membelasah MCA yang dituduh mengorbankan hak kesamarataan yang DAP perjuangkan. 

Mahathir dilakar sebagai seorang diktator yang tidak demokratik dan MCA dituduh sebagai parti pencacai yang ingin menjawat kedudukan Menteri sehingga sanggup mengenepikan haksamarata orang Cina dan kaum lain dengan orang Melayu. 

DAP telah terus relevan sebagai parti politik yang menjadi parasit ke atas sentimen perkauman (khususnya masyarakat Cina) dengan menjadikan kawasan majoriti Cina sebagai sasaran kubu politik mereka. 

Sentimen perkauman dan chauvinisme mereka begitu tebal sekali sehinggakan DAP boleh meletakkan siapa-siapa sebagai calon mereka tanpa profil atau sumbangan politik dan DAP akan tetap menang dengan senang sekali di kawasan ini. 

Itulah kekebalan DAP di kawasan majoriti Cina kerana eksploitasi emosi perkauman kelampauan. 

Hari ini segala-galanya menjadi nyata dan hati sebenar pemimpin-pemimpin ini terbongkar. Rupa-rupanya Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim cuma bermain politik dan mempermainkan penyokong-penyokong mereka semata-mata. 

Segala prinsip perjuangan mereka adalah satu helah penipuan politik sahaja. Prinsip-prinsip laungan mereka adalah semata-mata untuk menggerakkan naluri, imaginasi dan emosi penyokong mereka yang telah menjadi boneka politik yang boleh dikorbankan. 

Kepercayaan dan harapan mereka pada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang dihampakan apabila mereka berpakat untuk mengembalikan Mahathir untuk menjawat kedudukan perdana menteri semula sekiranya Pakatan menang dalam pilihan umum ini. 

Jari kuku besi Mahathirisme telah menular dan mencakar dengan mainan, “manoeuvre” atau manipulasi politik dalam parti PPBM dan seterusnya Mahathirisme sekali lagi bermaharajalela semula tetapi kali ini tidaklah dalam Umno tetapi dalam gabungan Pakatan Harapan yang mana penyokong-penyokong DAP dan PKR ditelan bulat-bulatnya. 

Bermula dengan penubuhan parti PPBM , dimana penyokong-penyokong Muhyiddin Yassin beranggapan bahawa Presiden PPBM adalah “top dog” mereka terkejut apabila Mahathir yang meletakkan diri sebagai Pengerusi PPBM telah meminggirkan Presiden parti. 

Bekas Ahli Jawatankuasa Pusat PPBM Kamarulazman Habibur Rahman telah mengatakan Mahathir telah berjaya merampas kuasa dari Muhyiddin Yassin yang telah dijadikan “pawn” yang boleh dikorbankan dalam percaturan politik Mahathir. 

Setelah itu satu demi satu pemimpin yang percaya dan meletakkan harapan mereka pada Muhyiddin dan tidak boleh menerima kembalinya Mahathirisme telah meninggalkan parti. 

Kembali kita kepada maruah PKR dan DAP yang berkecai apabila mereka tanpa segan-silu telah memeluk kembali Mahathirisme dengan menjadikan Mahathir calon perdana menteri mereka. 

Inilah prinsip perjuangan pemimpin reformasi dan ‘Malaysian Malaysia’ rupa-rupanya! Maka kita tidak kedengaran laungan reformasi dan Malaysian Malaysia akhir-akhir ini. 

Bagi penyokong-penyokong Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang telah ditipu selama berdekad, biarlah saya mengubati hati mereka dengan peribahasa Cina ini: 

Lù yáo zhī mǎ lì,rì jiǔ jiàn rén xīn (路遥知马力,日久见人心 ), yang bermaksud jarak perjalanan akan menentukan kekuatan seekor kuda, manakala masa pula akan membongkar keikhlasan seseorang pemimpin kita. 

Oleh: Ti Lian Ker
Ti Lian Ker merupakan pemerhati politik dan ahli Jawatankuasa Pusat MCA

SAKIT

Suatu hari Rasulullah  SAW didatangi oleh seorang bapa dan anak gadisnya.

Si bapa meminta Rasulullah SAW utk menikahi anak gadisnya kerana anak gadisnya tidak pernah sakit sejak kecil lagi.

Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda diberitahu oleh malaikat Jibril utk menolaknya kerana tidak ada kebaikan dlm diri anak gadis itu.

Sungguh besar hikmah yg tersirat di sebalik sakit. Ia membawa banyak kebaikan. Bahkan kebanyakan ulama mengatakan orang yg sedang sakit sedang dicintai oleh Allah.

Pertama, sakit itu zikrullah. Orang yg sedang sakit kebiasaannya akan selalu mengingati Allah dibandingkan semasa sihatnya.

Kedua, sakit itu istighfar. Orang yg sedang sakit akan teringat segala dosa yg pernah dilakukannya, sehingga lisannya akan terbimbing utk selalu beristighfar dan memohon keampunan drp Allah.

Ketiga, sakit itu tauhid. Bukankah ketika sedang rasa teramat sakit, akan bergema dua kalimah syahadah?

Keempat, sakit itu muhasabah. Orang yg sedang sakit mempunyai banyak masa utk merenung diri, menghitung apakah amalan telah cukup dikumpulkan utk kembali menghadap Ilahi.

Kelima, sakit itu jihad. Orang yg sedang sakit diwajibkan terus berusaha dan berikhtiar utk sembuh drp penyakitnya.

Keenam, sakit itu ilmu. Ketika sakit, kita akan berusaha mencari penawar utk merawat penyakit.

Ketujuh, sakit itu nasihat. Orang yg sakit mengingatkan yg sihat supaya sentiasa menjaga kesihatan. Yg sihat menghiburkan yg sakit supaya banyak bersabar. Allah mengasihi dan mencintai kedua-duanya.

Kelapan, sakit itu silaturrahim. Ketika sakit, keluarga yg jarang bertemu akhirnya datang menziarahi mengeratkan lagi hubungan persaudaraan.

Kesembilan, sakit itu menggugurkan dosa. Orang yg sedang sakit, sesungguhnya dia sedang diuji. Ujian itu menggugurkan dosa.

Kesepuluh, sakit itu memustajabkan doa. Sesungguhnya doa orang yg sedang sakit mudah dimakbulkan Allah. Maka saat kita menziarahi orang sakit, di samping kita mendoakannya maka mintalah doa drpnya. Imam As-Suyuthi  selalu mengelilingi kota mencari orang yg sakit lalu beliau minta didoakan.

Kesebelas, sakit itu salah satu keadaan yg menyusahkan syaitan. Orang yg sedang sakit semestinya tidak mampu dan tidak mahu utk melakukan maksiat.

Kedua belas, sakit itu membuatkan sedikit ketawa dan banyak menangis. Perbuatan yg disukai oleh para Nabi dan makhluk di langit.

Ketiga belas, sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk dan sujud lebih khusyuk, tasbih dan istighfar lebih kerap, doa dan munajat lebih lama.

Keempat belas, sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi santun, lembut dan tawaduk.

Kelima belas, dan akhirnya sakit menyebabkan kita selalu ingat pada kematian.

Saturday 27 January 2018

KURANG AJAR, PEMIMPIN HIMPUNAN BERSIH TUDUH AL-QURAN KITAB CETAK ROMPAK

Clement Chin, pengasas bersama Himpunan Hijau Anti-Lynas menuduh al-Quran sebagai sebuah kitab cetak rompak, dengan 70% isi kandungannya dicedok daripada cerita-cerita lama yang ada sebelum kewujudan Islam itu sendiri.
Tuduhan tidak bertanggungjawab itu merupakan antara sebahagian daripada kenyataan beliau yang mengandungi sentimen-sentimen negatif terhadap Islam yang kerap beliau hasilkan menerusi aplikasi media sosialnya, facebook. Clement Chin berkata, “Mengapa kamu membaca kitab cetak rompak? Kandungan al-Quran adalah 70% cerita-cerita yang wujud sebelum Islam yang ditiru.”
Beliau yang pernah terlibat dalam aktiviti untuk mengedarkan kitab-kitab Bible dalam laci hotel-hotel sewaktu berkhidmat dengan Gideon International di Kuantan ini juga menuduh kitab suci umat Islam tersebut telah diubah berkali-kali dalam tempoh ratusan tahun ini hanya untuk menjadikannya bermelodi dan mudah bagi dihafal.
Dakwa Clement Chin, “Tahukah kamu bahawa terdapat sekurang-kurangnya 26 versi teks al-Quran?”
“Al-Quran telah banyak kali diedit, dipinda, dipadam dan ditulis semula selama berkurun-berkurun ini bagi menjadikannya “bermelodi” dan mudah untuk dihafal.”
Meskipun Clement Chin sendiri telah berulang kali memperjuangkan hak penganut Kristian di Malaysia untuk bebas seperti umat Islam untuk menggunakan kalimah Allah bagi agama mereka, beliau menuduh Nabi Muhammad sebagai sesat kerana menggunakan kalimah Allah bagi Tuhan — yang disifatkannya sebagai berasal daripada sembahan masyarakat pagan Mekah.
Tegas beliau, “Agama Kristian telah wujud di Arab selama lebih 400 tahun sebelum kelahiran Muhammad. Jadi sekiranya Muhammad jujur dengan agamanya, sekurang-kurangnya dia patut tahu bahawa nama sebenar Jesus dalam bahasa Arab ialah “Yasu” dan dia patut tahu nama sebenar Tuhan ialah “Yahwah” dalam Hebrew dan ilah dalam bahasa Arab dan Elah dalam Aramaik kerana masyarakat awal Kristian Arab tidak pernah menggelarkan Tuhan mereka sebagai Allah.”
“Perkataan Allah datang daripada asal pagan masyarakat Mekah dimana ayah Muhammad “Abd-Allah” merupakan seorang penyembah berhala yang tegar.”
Clement Chin yang pernah mengumumkan bahawa Himpunan Hijau adalah sebagai sebahagian daripada BERSIH itu juga menuduh umat Islam sedang memuliakan syiar Dewa Bulan Hubal sebagai tanda betapa makbulnya doa pagan Abu Sufyan ketika perang Badar sewaktu menentang umat Islam.
eliau berkata, “Adakah dewa bulan Hubal tidak lagi “lebih tinggi”. Adakah Islam sepenuhnya bebas dari pengaruh “bulan”? Perhatikan dengan dekat kepada masjid-masjid di seluruh dunia, dan kamu tentu akan dapat menjumpai simbol Hubal, bulan sabit, diletakkan di bahagian yang paling tinggi di masjid.”
“Mungkin ia bukan usaha secara sengaja untuk menyembah Hubal. Namun, yang menariknya, melalui Islam, doa pagan musuh Muhammad, Abu Sufyan telah dimakbulkan, “O Hubal, meninggilah”.”
Aktivis Kristian ini juga menuduh negara-negara Islam sebagai bermasalah kerana tidak memberi hak untuk mengkritik agama Islam, kitab suci al-Quran dan Nabi Muhammad.
Clement Chin mendakwa, “Salah satu masalah yang dihadapi oleh negara-negara Muslim hari ini adalah kegagalan untuk menguruskan hak asasi manusia, kerana Islam tidak mengiktiraf hak sama rata bagi kaum wanita, minoriti dan hak untuk kebebasan beragama, atau hak untuk mengkritik Islam, Quran, atau Muhammad.”
“Di mana Islam berkuasa, hak asasi manusia akan disekat atas nama ideologi agama.”
Malaysian Access